PUTRAJAYA: Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang telah beroperasi sejak 1998 sedang ditambah baik dengan RM800 juta akan dibelanjakan untuk "mid-life refurbishment" melibatkan 28 set tren siri 818 ekoran beberapa insiden yang menyebabkan gangguan serta kekecewaan dalam kalangan pengguna.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata sudah tiba masanya "mid-life refurbishment" iaitu penyenggaraan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) tahap empat bagi tren untuk laluan Kelana Jaya kerana ia adalah proses penting untuk melanjutkan usia penggunaan tren serta penyelenggaraan akan memastikan hayat penggunaan yang lebih lama kerana tren berkenaan telah digunakan antara 14 hingga 15 tahun.
Selain itu, beliau berkata kerajaan akan menerima 19 tren jenis baharu pada suku keempat tahun depan untuk dibekalkan bagi laluan Kelana Jaya kerana ia adalah laluan yang popular dengan 350,000 penumpang sehari dan dijangka bertambah sibuk apabila Fasa 1 Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya mula beroperasi 16 Jun ini.
Dalam tempoh penyelenggaraan itu, perkhidmatan laluan Kelana Jaya akan melihat kekerapan tren empat minit berbanding 2.5 minit namun situasi itu akan kembali pulih dalam tempoh enam bulan, kata Wee dalam sidang media berhubung langkah diambil Prasarana Malaysia Bhd untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan, di sini hari ini.
Beliau berkata empat insiden berlaku berturut-turut sejak 2 Mei lepas sehingga semalam melibatkan laluan Kelana Jaya dan antara isu yang dikenal pasti menyumbang kepada insiden itu adalah brek kecemasan dan kerosakan angkup brek.
Katanya beliau dimaklumkan oleh Prasarana Malaysia Bhd dan Rapid Rail mengenai cabaran yang dihadapi berkaitan gangguan terhadap sistem kendalian pemanduan automatik tren (ATC) khusus pada tren empat gerabak jenis 818 yang menyebabkan brek kecemasan diaktifkan dan sebanyak 38 insiden brekkecemasan telah berlaku antara 1 April hingga 5 Mei lepas.
"Daripada data yang diperolehi, gangguan ini disebabkan oleh beberapa faktor khususnya masalah takometer yang menyumbang 47 peratus daripada jumlah kes, unit elektronik 32 peratus, antena enam peratus dan masalah-masalah lain sebanyak 15 peratus. Oleh itu, Prasarana akan membuat penggantian 140 takometer membabitkan kos RM5 juta kerana ia komponen penting," katanya.
Wee berkata program pemeriksaan khas bagi memeriksa komponen dilaksanakan Rapid Rail selain daripada penggantian komponen rosak serta ujian dinamik turut akan dilakukan bagi memastikan masalah ini tidak berulang dan sehingga kini tahap pemeriksaan dan pembaikan telah mencapai 14 peratus dan disasarkan siap sepenuhnya pada Ogos tahun ini.
Selain itu, beliau berkata insiden turut dilaporkan berlaku melibatkan tren empat gerabak siri 818 yang berpunca daripada kerosakan angkup brek dan langkah segera yang sedang diambil ialah pelaksanaan program pembaikan sistem angkup brek bagi tren berkenaan sedang giat dijalankan dan telah mencapai kemajuan sebanyak 39 peratus dan disasarkan siap sepenuhnya pada November 2022.
"Manakala langkah tambahan yang sedang diambil adalah mempertingkatkan kekerapan pemeriksaan secara mingguan terhadap tren 818 sebelum tren tersebut digunakan di dalam perkhidmatan," katanya.
Berhubung insiden gangguan sementara semalam di laluan Kelana Jaya ekoran masalah bekalan kuasa elektrik di dua Traction Power Sub Station (TPSS) di stesen Kelana Jaya dan Stesen Universiti, Wee berkata siasatan sedang dijalankan dan penemuan awal mendapati terdapat kesilapan teknikal yang memerlukan perbincangan lanjut bersama kontraktor berkaitan.
Susulan beberapa insiden, Wee berkata Prasana mengambil inisiatif segera menambah baik operasi pengurusan krisis bagi mengurangkan impak kepada penumpang ketika berlaku gangguan iaitu menempatkan beberapa unit bas di stesen utama dan strategik seperti stesen LRT Bangsar dan hab Pasar Seni untuk diaktifkan sekiranya berlaku kecemasan jika kelewatan perkhidmatan tren melebihi 15 minit.
Selain itu, anggota polis bantuan Prasarana akan ditambah di stesen sibuk seperti Masjid Jamek, Pasar Seni dan KLCC pada waktu puncak serta meningkatkan pengurusan kawalan orang ramai dengan menambah baik kecekapan komunikasi kepada penumpang ketika berlaku gangguan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

LRT laluan Kelana Jaya yang sedang ditambah baik dengan RM800 juta akan dibelanjakan untuk "mid-life refurbishment" melibatkan 28 set tren siri 818 ekoran beberapa insiden yang menyebabkan gangguan. - Gambar fail/Astro AWANI

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.

Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis
Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat ke atas harta benda.

Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyokong di stesen LRT
Dalam kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Sungai Besi.

Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.

Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.

Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.

Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.