KUALA LUMPUR: Matlamat kerajaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan hospital untuk mencapai nisbah 2.06 katil hospital bagi setiap 1,000 penduduk di Sarawak menjelang 2025 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) perlu mengambil kira aspek taburan penduduk di negeri itu.
Menurut Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Dr Annuar Rapaee, ianya perlu diteliti bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya buat penduduk di seluruh negeri itu.
"Ini kerana populasi di Sarawak amat berterabur yang mana ada penempatan yang padat seperti di bandar. Manakala di kawasan luar bandar dan pedalaman pula, jumlah penduduk adalah berkepadatan rendah.
"Disebabkan itu, jika kerajaan persekutuan masih mengikut nisbah katil bagi penduduk diguna pakai di Sarawak, sesetengah tempat di negeri itu yang mempunyai jumlah penduduk yang kecil tidak akan mendapat kemudahan hospital sampai bila-bila," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, akses untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan tidak seharusnya bergantung kepada jumlah penduduk semata-mata.
"Perdana Menteri juga ada menyebut, dalam usaha untuk merapatkan jurang perbezaan fasiliti kesihatan bandar dan luar bandar, kerajaan akan membina dan menaik taraf klinik-klinik kesihatan di seluruh negara.
"Sekali lagi, bagaimanakah kaedah pemilihan klinik untuk dinaik taraf kelak? Adakah ia sekali lagi berdasarkan jumlah penduduk di satu-satu tempat?
"Persoalan ini amat penting untuk dijelaskan kerana di Sarawak masih banyak klinik kesihatan yang bukan sahaja terletak jauh, tetapi masih berada pada tahap yang agak ketinggalan berbanding klinik-klinik lain.
"Jika jumlah populasi diambil kira, mungkin klinik kesihatan di kawasan pedalaman Sarawak tidak akan berpeluang untuk dinaiktaraf," tegas beliau.
Oleh yang demikian, beliau mencadangkan agar pelaksanaan perkara-perkara tersebut dibuat secara inklusif dengan mengambil kira jumlah populasi dan aspek perkhidmatan minimum.
Beliau bagaimanapun menyambut baik langkah proaktif kerajaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan hospital dalam mencapai nisbah 2.06 katil hospital bagi setiap 1,000 penduduk menjelang 2025.
"Perkhidmatan minimum maksud saya adalah sesebuah klinik perlu sekurang-kurangnya ada doktor, mesin X-Ray, dan makmal kecil.
"Jika semua klinik kesihatan ada kemudahan ini, baru setiap penduduk menikmati perkara yang sama. Barulah Kemakmuran Bersama dapat diterjemah," jelas beliau.
Nickyson Nyambar
Mon Sep 27 2021

Aspek taburan penduduk di negeri Sarawak yang luas perlu diambil kira oleh kerajaan dalam membina, menaik taraf fasiliti di negeri itu agar matlamat kemakmuran bersama dapat dicapai, kata Dr Annuar Rapaee. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

Pertumbuhan positif, PMKS beralih ke tahap lebih tinggi - Ewon
Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia mula beralih ke tahap lebih tinggi apabila data pertumbuhan menunjukkan perkembangan positif.

92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Sejumlah 92 projek pembangunan baharu di Kelantan berjumlah RM2.8 bilion diluluskan kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dimulakan tahun ini.

Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.

Sabah tetapkan tujuh keutamaan bangunkan industri kebudayaan - Hajiji
Kerajaan Sabah menetapkan tujuh keutamaan dalam membangunkan bidang kebudayaan di negeri ini yang telah dimulakan sejak 2021 hingga 2030.

Kerajaan perlu susun semula ekonomi bermula dengan RMK-12
Kerajaan perlu memberikan perhatian kepada penyusunan semula ekonomi yang dimulakan dengan Rancangan Malaysia Ke-12, menurut MARC Rating Corp Bhd.

2,053 hektar tanaman durian Musang King di Sabah sehingga tahun lepas
Industri tanaman durian khususnya Musang King adalah antara tanaman keutamaan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 hingga 2025.

Lebih banyak rumah mampu milik dibina menerusi platform HOPE - PM
HOPE bukan sahaja platform dalam mempromosikan perumahan malah ia juga bertujuan melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik.

RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang
Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.

Raih potensi industri lokaliti ke arah pertumbuhan mampan 2025 - Penganalisis
potensi pembangunan negeri khususnya di luar bandar harus dimaksimumkan sepenuhnya bagi meningkatkan taraf ekonomi di Malaysia.