KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.5 hingga 5.5 peratus setahun, dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Isnin, pendapatan negara kasar (PNK) per kapita juga dijangka lebih tinggi iaitu RM57,882, atau AS$14,482 menjelang 2025.
Situasi itu dijangka dalam tempoh lima tahun seterusnya, selepas ekonomi negara dijangka kembali mencapai momentum pertumbuhan, berikutan pemulihan daripada pandemik COVID-19.
Selain itu, perdagangan dunia dijangka meningkat sebanyak 5.3 peratus setahun, disokong terutamanya oleh prestasi perdagangan yang lebih baik daripada pasaran baru muncul, dan negara membangun.
“Usaha mempercepat peningkatan produktiviti di bawah RMK-12, akan menyumbang kepada pertumbuhan buruh yang lebih tinggi.
“Tumpuan akan diberikan untuk mempercepat kesediaan mendepani 4IR, menyediakan persekitaran bagi ekonomi digital, mempergiat R&D&C&I, serta membangunkan bakat yang diperlukan,” menurut dokumen itu lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: RMK-12 - Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan
Jangkaan keadaan pasar buruh yang lebih baik, membolehkan Malaysia mencapai semula tahap guna tenaga penuh dalam tempoh RMK-12, termasuk jangkaan peningkatan kadar upah dan gaji seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang inklusif.
“Ini seterusnya akan menyumbang kepada pendapatan isi rumah yang lebih tinggi. Kesejahteraan rakyat dijangka terus ditambah baik, disokong oleh kemajuan ekonomi dan sosial, serta keterangkuman pembangunan wilayah,” menurut dokumen itu lagi.
Dalam pada itu, RMK-12 menyebut, ekonomi Malaysia pada lima tahun akan datang bakal berhadapan dengan beberapa cabaran dan peluang.
Kadar pemulihan ekonomi, menurut dokumen itu, bergantung kepada pelaksanaan vaksinasi dan pematuhan prosedur operasi stanrad (SOP), serta keberkesanan langkah yang dilaksanakan di bawah pakej rangsangan.
“Peningkatan hutang dan defisit fiskal untuk membiayai pakej rangsangan tersebut, akan menjejaskan kemampanan fiskal, melainkan jika langkah tersebut disertai usaha konsolidasi fiskal dalam jangka sederhana.
“Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dalam jangka sederhana akan bergantung juga kepada keupayaan meningkatkan kadar transformasi struktur, serta peralihan kepada penghasilan produk dan perkhidmatan bernilai tambah yang lebih tinggi, dalam semua sektor ekonomi,” menurut dokumen itu lagi.
Selain itu RMK-12 turut menggariskan cabaran yang bakal timbul dari aspek sosial, ekoran peningkatan risiko kesihatan dan perubahan demografi.
“Peningkatan insiden tidak berjangkit (NCD) dan keperluan untuk menguruskan COVID-19, termasuk pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), memberi tekanan lebih besar kepada sistem penjagaan kesihatan.
“Malaysia perlu membuat persiapan menyeluruh untuk menghadapi cabaran yang wujud, berikutan peningkatan peratusan masyarakat tua menjelang 2030,” menurut dokumen itu lagi.
Selain itu, negara juga berhadapan dengan cabaran menangani kemiskinan dan ketidaksamarataan, serta keperluan meningkatkan taraf hidup B40 dan M40, dengan pendekatan lebih bersasar.
Usaha untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, menurut dokumen itu lagi, juga menjadi cabaran kepada negara.
“Walaupun kadar urbanisasi yang pesat menyediakan peluang ekonomi dan pekerjaan baharu, ia juga memberi cabaran untuk penyediaan infrastruktur serta bekalan tenaga dan air yang mencukupi,” menurut dokumen itu lagi.
Meskipun berdepan dengan cabaran tersebut, Malaysia akan memanfaatkan kekuatan dan kelebihan untuk mempercepat pembangunan sosioekonomi.
Menurut dokumen itu, asas ekonomi makro yang kukuh, struktur ekonomi dan eksport yang pelbagai, inflasi rendah dan stabil, serta sektor kewangan dengan modal yang kukuh, terus menjadi kekuatan utama ekonomi Malaysia.
“Kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran dengan ekonomi utama Asia membolehkannya menjadi hab kepada beberapa industri.
“Kerajaan tetap komited untuk memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang menarik serta memperkenalkan pembaharuan dasar, dan peraturan kawal selia, serta penambahbaikan tadbir urus,” menurut dokumen itu lagi.
Sektor swasta akan terus menjadi rakan pembangunan utama kepada Kerajaan, selaras dengan Dasar Persyarikatan Malaysia, dan akan terus memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda 2030.
Firdaus Azil
Mon Sep 27 2021

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.5 hingga 5.5 peratus setahun, dalam tempoh lima tahun akan datang. - Gambar hiasan

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.

Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.

Kajian separuh penggal RMKe-12 "unik", perlu dinilai seratus peratus - Rafizi
Kajian separuh penggal bagi rancangan lima tahun Malaysia kali ini perlu dinilai seratus peratus kerana tanggapan ataupun perancangan yang dibuat sebelum COVID-19 sudah tidak boleh lagi dipakai.

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa
Kerajaan komited mahu hapuskan golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 dengan empat ahli keluarga, menjelang 2025.

Indikator peraturan perniagaan merosot, seruan kuat pembaharuan kawal selia - PM
Kemerosotan itu dari kedudukan ke-19 pada tahun 2010 kepada kedudukan ke-47 pada tahun 2021.

PRN Sarawak: Sudah ada perancangan wujudkan terminal bas di Kapit
Keputusan sama ada diluluskan atau sebaliknya masih belum diketahui.

Dewan Negara lulus usul RMK12
Dewan Negara hari ini meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025.

Bajet 2022: REDHA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion
Senada dengan REHDA, CGS-CIMB berkata prospek penambahan semula sektor pekerjaan dijangka semakin baik secara beransur-ansur pada suku keempat 2021 dan separuh pertama tahun depan.

RMK12: Projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Terengganu
Ia bagi meningkatkan kesinambungan dan akses yang lebih baik kepada infrastruktur asas, ameniti dan perkhidmatan.