KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi yang mampan untuk Malaysia setelah pandemik COVID-19 merencatkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan selama ini.
Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata perencanaan komprehensif RMK-12 akan melonjakkan ekonomi ke tahap lebih tinggi, menjana pertumbuhan rancak serta mampu mencipta kekayaan untuk dikongsi oleh Keluarga Malaysia.
Katanya RMK-12 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat semalam adalah lanjutan usaha gigih bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memulakan libat urus dengan pelbagai pihak sebagai langkah yang inklusif.
Katanya peruntukan sebanyak RM400 bilion menzahirkan komitmen kerajaan untuk mendepani cabaran-cabaran ekonomi global yang dinamik.
"RMK12 mengunjurkan sasaran jumlah purata pelaburan swasta setiap tahun sebanyak RM258 bilion dan untuk mencapai sasaran ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperkukuhkan asas-asas ekonomi negara dengan memberi tumpuan dalam usaha menggalakkan perdagangan dan pelaburan terbuka, telus serta mesra-perniagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamed Azmin berkata kerajaan juga akan meratifikasi Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang akan memberi akses pasaran yang lebih luas kepada industri tempatan.
Beliau berkata perancangan lima tahun itu juga memberi penekanan kepada pembangunan pertumbuhan sektor baharu dalam mencerdaskan ekonomi negara yang selari dengan usaha MITI termasuk pembangunan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), industri Halal dan Aeroangkasa.
"Ini adalah bertepatan dengan Dasar Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) untuk menarik pelabur asing (FDI) yang berimpak dan berteknologi tinggi bagi meningkatkan daya saing dan tarikan Malaysia sebagai hab pelaburan serantau," jelas beliau.
Beliau berkata penegasan perdana menteri dalam menjadikan Malaysia negara neutral karbon seawal tahun 2050 adalah sejajar dengan teras NIA bagi mempercepatkan pertumbuhan hijau dengan memberi lebih penekanan terhadap ESG.
Dalam melaksanakan usaha ini, katanya, MITI memberi keutamaan kepada usaha memperkukuhkan ekosistem bagi pembangunan kenderaan kenderaan cekap tenaga (EEV) termasuk kenderaan elektrik (EV).
Ini meliputi pembuatan komponen kritikal, penetapan piawaian dan menggalakkan aktiviti keupayaan dan kemampuan penyelidikan untuk membangunkan teknologi tempatan.
"Bagi memastikan pertumbuhan sektor baharu yang inklusif, perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) turut diberikan perhatian utama bagi mengadaptasi perniagaan mereka kepada automasi, teknologi dan digitalisasi demi kelangsungan perniagaan.
"Memandangkan PMKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara, maka RMK12 juga mensasarkan untuk meningkatkan sumbangan KDNK sektor ini kepada 45 peratus," katanya.
MITI menyediakan pelbagai kemudahan bertujuan membantu PMKS seperti skim pembiayaan mudah melalui MIDF.
Pemerkasaan PMKS melalui pendigitalan akan menyuntik dinamisme dalam seluruh rantaian ekonomi khususnya ke kawasan luar bandar selari dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif.
"Walaupun landskap pelaburan dan perdagangan kekal mencabar dan kompetitif, saya yakin RMK12 berada di landasan yang tepat didokong dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah menggariskan beberapa langkah proaktif untuk menggerakkan agenda pemulihan ekonomi dan menjamin pertumbuhan yang mampan," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 28 2021

Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perencanaan komprehensif RMK-12 akan melonjakkan ekonomi ke tahap lebih tinggi, menjana pertumbuhan rancak serta mampu mencipta kekayaan untuk dikongsi oleh Keluarga Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

14,210 unit lampu jalan kampung di Semenanjung Malaysia dan Sabah siap - KKDW
Program Pemasangan LJK Semenanjung Malaysia dan Sabah Tahun 2022 Fasa 11 itu menggunakan peruntukan daripada RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

RMK12: Projek yang lama lulus tetapi belum mula, akan dibatalkan - PM Anwar
Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan tetapi belum dapat dimulakan dalam tempoh masa yang munasabah.

RMK12: Hasil kerajaan pada 2023-2025 diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion
Hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion untuk baki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) iaitu dari 2023 hingga 2025.

Kajian Separuh Penggal RMKe-12 merangkumi 17 anjakan radikal - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini.

1.2 juta pertubuhan diliputi Banci Ekonomi 2023 - Rafizi
Sebanyak 1.2 juta pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia akan diliputi dalam Banci Ekonomi 2023.

Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Kerajaan semak semula keutamaan projek pembangunan RMKe-12 bagi 2022 - Mustapa
Projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi 2022 akan dikaji semula pelaksanaannya selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF).

RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang
Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.

Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).