KUALA LUMPUR: Memperbanyakkan pemberian peranti kepada golongan B40, menambah blok bangunan atau sekolah baharu dan memperuntukkan lebih banyak komputer di sekolah bagi tujuan pembelajaran adalah antara cadangan dikemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang mencadangkan perkara itu berkata dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19, sesi pembelajaran di rumah (PdPR) dijangka akan tetap diteruskan.
Selain itu, capaian kepada akses internet khususnya di kawasan pedalaman dan pulau juga antara yang perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan bagi membolehkan pelajar di kawasan tersebut dapat mengikuti sesi PdPR dengan lebih baik.
"Memandangkan sekolah juga telah lama tidak digunakan, kerajaan juga mungkin boleh memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf atau memperbaiki infrastruktur sekolah bagi keselesaan pelajar," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.
Alimuddin berkata PdPR merupakan inisatif pembelajaran yang baik dan perlu diteruskan negara seperti yang dilaksanakan di negara lain antaranya United Kingdom dan Eropah.
Mengenai penambahan blok bangunan atau sekolah baharu, Alimuddin menjelaskan ia adalah bagi mematuhi penjarakan fizikal khususnya bagi sekolah di bandar yang mempunyai jumlah kepadatan pelajar yang tinggi.
"Jika jumlah pelajarnya tidak terlalu ramai, tidak menjadi masalah namun ada juga ibu bapa yang ragu-ragu soal keselamatan anak. Jika dapat ditunjukkan kepada mereka sesi pembelajaran secara fizikal yang mematuhi SOP (prosedur operasi standard) iaitu penjarakan fizikal, maka tiada sebab untuk ibu bapa berasa bimbang," katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata bagi menjayakan PdPR, kerajaan dicadang untuk menambahkan lagi pemberian peranti secara sekali beri atau menawarkan kaedah sewa beli kepada ibu bapa yang tidak berkemampuan.
Beliau turut berharap agar peruntukan kepada Kementerian Pendidikan tidak berkurangan selain kaedah PdPR dinaik taraf bagi merapatkan jurang kualiti pendidikan antara bandar dan luar bandar.
"PdPR perlukan peruntukan khas selama lima tahun kerana kita akan menerima hakikat bahawa pandemik yang kita lalui ketika ini akan menjadi endemik. Selain itu, kerajaan juga perlu menumpukan kepada soal pemerkasaan guru dengan menyediakan lebih banyak latihan bagi meningkatkan lagi kemahiran," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual membentangkan RMK12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat, pada 11.30 pagi Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021

Alimuddin berkata PdPR merupakan inisatif pembelajaran yang baik dan perlu diteruskan negara seperti yang dilaksanakan di negara lain antaranya United Kingdom dan Eropah. - Gambar fail/BERNAMA

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

'Tidak boleh ubah sesi sekolah secara drastik'
Katanya, tiada tempoh masa spesifik yang boleh diberikan kepada ibu bapa dalam soal mengembalikan semula takwim kepada Januari.

Jurulatih tampar pemain: Tidak wajar guna kekerasan dalam pendidikan sukan - Alimuddin
Sekalipun jika jurulatih itu bukan guru, tindakan menggunakan kekerasan fizikal adalah amat tidak wajar dan tindakan harus diambil.

Bajet 2023: Perkukuh pendigitalan sistem pendidikan negara
KPM sewajarnya diberikan lebih banyak peruntukan tambahan dalam Bajet 2023 agar selari dengan hasrat kerajaan untuk mentransformasi pendidikan negara.

Kerajaan perlu tingkat peluang OKU dalam bidang perguruan
Terdapat seramai 1,079 guru OKU terlibat dalam sistem pendidikan negara ketika ini.

Ujian saringan kendiri COVID-19, vaksinasi mampu kurangkan kluster pendidikan
Ujian itu mungkin akan melibatkan perbelanjaan yang besar, justeru kerajaan juga perlu mempertimbangkan subsidi.

RMK12: Kerajaan dicadang tambah pemberian peranti PdPR
Dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19, sesi pembelajaran di rumah (PdPR) dijangka akan tetap diteruskan.

Tiada keperluan untuk rendahkan penilaian gred SPM
Pelajar mempunyai kemudahan yang boleh dikatakan mencukupi termasuk buku teks, televisyen pendidikan dan input daripada guru meskipun tidak bersemuka.

UPSR berorientasi peperiksaan, tidak penuhi definisi pendidikan - Tan Sri Alimuddin
Cadangan itu telah lama dikemukakan supaya sistem pendidikan rendah tidak hanya tertumpu kepada UPSR sahaja.

PdPR: Wujudkan jawatankuasa khas selesaikan kekurangan peranti, internet
Kerajaan disaran mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah alat peranti dan capaian internet dihadapi pelajar untuk meneruskan proses PdPR.

PT3: Sekolah boleh nilai sendiri kemampuan pelajar - Alimuddin
Soalan peperiksaan berkenaan perlu benar-benar selaras dengan keperluan Lembaga Peperiksaan selain skima jawapan serta latihan lengkap disediakan kepada guru terbabit.