KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal memberi tumpuan kepada memperkukuh pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang, agar jurang pembangunan dengan Semenanjung dapat dikurangkan.
Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Isnin, keutamaan akan diberikan kepada lima bidang tumpuan yang telah digariskan.
Ia termasuk – penyediaan infrastruktur; mengoptimumkan potensi ekonomi; menambah baik akses kepada perkhidmatan sosial; mempertingkat pembangunan inklusif; dan memperkukuhkan kerjasama antara Persekutuan dan negeri.
“Pelaksanaan langkah ini dijangka dapat mengurangkan jurang pembangunan sosioekonomi antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung, serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: RMK-12 - Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan
Memantapkan Penyediaan Infrastruktur
Melalui RMK-12, Kerajaan akan memantapkan penyediaan infrastruktur dan ketersambungan bagi menyokong aktiviti ekonomi, dan menambah baik penyampaian perkhidmatan sosial, terutamanya di kawasan luar bandar.
Kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap infrastruktur asas, termasuk jalan, bekalan air dan elektrik, selain memperluaskan lagi liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk.
“Di samping itu, infrastuktur baharu bagi perkhidmatan air seperti empangan, takungan air pinggiran sungai, loji rawatan air, dan loji rawatan kumbahan akan dibina, manakala infrastruktur sedia ada akan ditambah baik.
“Bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW), peruntukan akan disediakan di bawah Program Pengurangan NRW di Sabah dan Sarawak,” menurut dokumen itu lagi.
Bagi liputan jalur lebar di Sabah dan Sarawak pula, ia akan terus dipertingkat melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), bertujuan bagi memperluas liputan perkhidmatan, serta menyediakan peluang digital yang saksama kepada penduduk.
Peluasan infrastruktur di bawah Jendela, memolehkan 100 peratus liputan jalur lebar di kawsan berpenduduk.
“Sehubungan itu, infrastruktur digital baharu di 382 tapak akan disediakan di Sabah, dan 636 di Sarawak.
“Sebanyak 781 points of presence (POP) pula akan disediakan di Sabah, dan 643 di Sarawak, bagi membolehkan premis kerajaan, kawasan perumahan, dan kawasan komersial mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar,” menurut dokumen itu lagi.
Menambah Baik Sistem Bekalan Elektrik
Bagi menyelesaikan isu kekurangan penjanaan elektrik di pantai timur Sabah, Kerajaan akan membina loji janakuasa baharu, serta menaik taraf talian penghantaran Grid Timur-Barat Sabah.
Selain itu, projek talian penghantaran Southern Link akan dimulakan dengan kerja awalan dalam tempoh pelaksanaan RMK-12.
Manakala sistem bekalan elektrik di Sarawak pula akan terus diperkukuh dengan pelaksanaan projek hidroelektrik Baleh, berkapasiti 1,285 megawatt, yang dijangka siap pada tahun 2025.
Bagi memenuhi peningkatan permintaan, Sarawak bakal membina satu lagi talian penghantaran 500 kV, sebagai talian penghantaran utama kedua.
Di samping itu, Grid Utara akan dibina bagi meningkatkan Sistem Grid Negeri untuk meliputi seluruh negeri Sarawak.
Firdaus Azil
Mon Sep 27 2021
![RMK-12: Kerajaan komited kurangkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung RMK-12: Kerajaan komited kurangkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/41525062626_SabahSarawak.jpg)
Pelaksanaan langkah ini dijangka dapat mengurangkan jurang pembangunan sosioekonomi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![RMK13 tumpu usaha rapat jurang sosioekonomi ikut negeri, utamakan kebajikan rakyat RMK13 tumpu usaha rapat jurang sosioekonomi ikut negeri, utamakan kebajikan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51727795405_RafiziRamli.jpg)
RMK13 tumpu usaha rapat jurang sosioekonomi ikut negeri, utamakan kebajikan rakyat
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menumpukan usaha merapatkan jurang sosioekonomi dan pembangunan mengikut negeri serta wilayah secara bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
![RMK-12: Kerajaan komited kurangkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung RMK-12: Kerajaan komited kurangkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/41525062626_SabahSarawak.jpg)
RMK-12: Kerajaan komited kurangkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung
Pelaksanaan langkah ini dijangka dapat mengurangkan jurang pembangunan sosioekonomi antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung.