KUALA LUMPUR: Mengurangkan kadar kemiskinan negara menjadi antara salah satu bidang keutamaan yang akan digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata menangani kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup individu yang tertindas adalah nilai murni yang wajar dilaksanakan oleh setiap lapisan masyarakat.
Bercakap pada International Forum on New Inclusive Asia 2021, Mustapa berkata pandemik COVID-19 telah membuka mata semua pihak dalam memastikan isu kemiskinan ditangani secara holistik.
"Ini menyedarkan kita, sebagai pembuat dasar untuk lebih ke hadapan dan melaksanakan reformasi dan polisi yang sepatutnya untuk menangani kemiskinan dan menambah baik kehidupan orang di sekeliling kita yang tidak bernasib baik ini.
"China berjaya mencapai sasaran menangani kemiskinan yang ditetapkan dalam Agenda Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030, 10 tahun lebih awal.
"China memberi contoh kepada dunia terutama kepada negara membangun berkenaan dasar ekonomi dan sosial mampu mengeluarkan ratusan juta individu keluar dari kemiskinan.
"Mesejnya jelas, sekiranya China mampu, kita juga mampu," katanya.
Beliau memaklumkan, isi rumah miskin di Malaysia dijangka meningkat kepada 640,000 pada 2020 berbanding 405,000 pada 2019.
Peratusan rakyat Malaysia yang hidup di bawah paras kemiskinan meningkat daripada 5.6 peratus pada 2019 kepada 8.4 peratus pada 2020 - antaranya disebabkan kesan ekonomi terhadap usaha menentang pandemik COVID-19.
Di peringkat global, data Bank Dunia menunjukkan 120 juta individu kini hidup dalam kemiskinan akibat pandemik COVID-19 di mana angka itu dijangka meningkat kepada 150 juta pada penghujung tahun ini.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Sep 09 2021
![RMK-12: Mengurangkan kadar kemiskinan antara agenda utama - Mustapa RMK-12: Mengurangkan kadar kemiskinan antara agenda utama - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631175480_MustapaMohamedRMK.jpg)
Mustapa berkata menangani kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup individu yang tertindas adalah nilai murni yang wajar dilaksanakan oleh setiap lapisan masyarakat. - Foto JPM
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![101,385 tuntut Insuran Kehilangan Pekerjaan - Perdana Menteri 101,385 tuntut Insuran Kehilangan Pekerjaan - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605013685_MuhyiddinYassin.jpg)
101,385 tuntut Insuran Kehilangan Pekerjaan - Perdana Menteri
Perdana Menteri berkata, statistik tersebut menunjukkan peningkatan berbanding kira-kira 40,000 dan 24,000 pekerja masing-masing pada 2019 dan 2018.
![Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597066590_MenteriPerdagangan.jpg)
Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah
Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melihat kaedah-kaedah baharu yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan masalah kemiskinan di Sabah dapat ditangani.