AYER KEROH: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan merogol anak tirinya dua tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 27 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun yang mana perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang.
Kesalahan itu dilakukan dalam bilik tidur mangsa di sebuah rumah di Bukit Katil, Melaka pada jam 2 pagi, 19 Februari 2020 lalu.
Tertuduh yang bekerja sendiri itu didakwa di bawah seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap OKU lembam itu memandangkan kesalahan dilakukan adalah serius.
Hakim Maziah Joary kemudian. memerintahkan tertuduh dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan bermula dari tarikh ditangkap pada 9 Mac 2020 lalu.
Tertuduh diwakili peguam, Chia Cheng Wee.
Shuhada Abdul Kadir
Mon May 23 2022

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan selepas membuat pengakuan bersalah. - Foto Astro AWANI

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

Pemuda maut, kereta hilang kawalan rempuh lori
Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 21 Jalan Renggam, Simpang Renggam pada Rabu.

Kelvin Yii dipilih Ketua Pemuda PH baharu
Angkatan Muda Harapan mengumumkan barisan kepimpinan baharu sayap pemuda PH yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Pemuda tinggal kereta, barang peribadi sebelum terjun Jambatan Pulau Pinang
Mangsa meninggalkan dokumen pengenalan diri bersama geran kereta, kipas angin dan beberapa telefon bimbit dalam kereta Myvi.

Pemuda meninggal dunia dipercayai lemas di Tasik Cermin
Seorang pemuda berumur 19 tahun ditemukan lemas di Tasik Cermin, Puncak Perdana, dekat sini sekitar pukul 4 petang semalam.

Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19
Hospital Tengku Ampuan Afzan juga tidak menerima sebarang kes mayat dibawa ke hospital melibatkan individu berumur 20-an.

Pemuda alami masalah mental serang ibu bapa guna pisau
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam ketika mangsa dan suaminya sedang menunaikan solat Tarawih di ruang tamu rumah mereka.

Iklan judi raya hina usaha keras anak muda - Ema Syuhaili
Tindakan syarikat judi yang menerapkan idea bahawa masalah kewangan terutamanya untuk menyambut lebaran boleh diselesaikan dengan berjudi membawa niat jahat dan mengelirukan anak muda.

MT bermesyuarat malam ini, bincang persiapan PAU 2020 - Ahmad Maslan
UMNO mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini di Menara Dato' Onn bagi membincangkan persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang bakal berlangsung esok.

Pemimpin muda bersifat 'fluid', mudah duduk berunding - AMK
Anak muda bersikap lebih fleksibel dan mudah untuk dilentur berbanding pemimpin senior yang dilihat lebih sukar untuk berunding.

Pemuda hilang di Bukit Apek, Cheras dijumpai mati
Ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat permulaan kawasan riadah itu dalam keadaan tertiarap selepas dipercayai terjatuh dan kakinya tersangkut di celah batu.