Kementerian Pendidikan digesa mengkaji semula sistem pendidikan negara khususnya berkaitan pendidikan seks di sekolah jika serius mahu menangani kejadian rogol di kalangan pelajar.
Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM), Datin Seri Ismalina Ismail turut menggesa ibu bapa dan masyarakat setempat agar lebih prihatin dengan tindak tanduk remaja khususnya pelajar sekolah menengah.
Jelasnya, semua pihak, termasuk kementerian terlibat perlu melihat kes rogol di kalangan pelajar sekolah sebagai satu perkara serius dan ia wajar ditangani segera, bukannya hanya menyalahkan pihak sekolah mahupun pihak berkuasa.
"Kita kena lihat pula isu pendidikan seks di awal usia, tentang penglibatan ibu bapa dan komuniti, keprihatinan, kepedulian, pemantauan ibu bapa dan kita lihat juga bagaimana anak-anak ini boleh terjebak dalam perkara tersebut.
"Kita perlu serius kerana kita bercakap tentang tingkah laku anak-anak yang berusia 13 hingga 15 tahun lelaki dan perempuan, bermakna terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada perlakuan sebegini seperti pengaruh media, bimbingan ibu bapa dan ketidak pedulian komuniti," ujarnya lagi.
Mengulas lanjut kes rogol membabitkan pelajar perempuan tingkatan satu di Batu Pahat, Johor Datin Seri Ismalina mempersoal keprihatinan penduduk setempat di kawasan kejadian.
"Komuniti harus juga mengambil kebertanggungjawaban sebab perkara ini kerana ia berlaku di pondok kosong dan di kawasan tasik taman perumahan.
"Jadi soalan saya adakah tiada langsung orang di persekitaran yang ternampak mereka menuju ke tempat tersebut?
"Maka jawapannya pula adakah kita tidak mempedulikan mereka kerana mereka bukan anak-anak kita dan kita membiarkan ianya berlaku," katanya.
Susulan kes terbabit empat pelajar lelaki sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Aug 18 2016
![Rogol: Kaji semula sistem pendidikan negara berkaitan pendidikan seks - MAPIM Rogol: Kaji semula sistem pendidikan negara berkaitan pendidikan seks - MAPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41470306819_raped.jpg)
MAPIM: Semua pihak, termasuk kementerian terlibat perlu melihat kes rogol di kalangan pelajar sekolah sebagai satu perkara serius dan ia wajar ditangani segera. - Gambar fail
AWANI Pagi: CIPTA CITRA IV - Hari Puisi Sedunia 2025
Diskusi bersama dua tetamu, mengenai CIPTA CITRA, yang meraikan edisi keempatnya tahun ini, mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis.
Dividen KWSP dijangka lebih 5.8 peratus
Angka tersebut adalah ‘anggaran selamat’ dan jumlah akhir dijangka diumumkan oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada awal Mac ini.
![Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735001055_tbkemalangan.jpg)
Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.
Bazar Ramadan: Siapa yang dapat lesen, dia kerja - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan membatalkan lesen perniagaan bazar Ramadan serta merta yang dijual kepada pihak ketiga.
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
![Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714719117_TayyipErdogan.jpg)
Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya.
AWANI Ringkas: Tangani isu sekolah padat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 10 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 Februari 2025
1️⃣ Tangani isu sekolah padat
2️⃣ Langkah dilaksana dengan program bersifat inklusif
3️⃣ Sifatkan cadangan Israel sebagai satu provokatif
#awaniringkas
1️⃣ Tangani isu sekolah padat
2️⃣ Langkah dilaksana dengan program bersifat inklusif
3️⃣ Sifatkan cadangan Israel sebagai satu provokatif
#awaniringkas
Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana Menteri
Ikuti langsung perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
![Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737685068_TBgari.jpg)
Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
![Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/61556183782_PendidikanBUDGET.jpg)
Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR
Ia bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelari semula pembelajaran yang tertinggal.
![Guna platform media sosial bincang isu ancaman internet - Ismalina Guna platform media sosial bincang isu ancaman internet - Ismalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/61451711741_IsmalinaIsmail.jpg)
Guna platform media sosial bincang isu ancaman internet - Ismalina
Ibu bapa perlu menggunakan platform media sosial termasuk kumpulan WhatsAppp dan Facebook untuk mendapatkan maklumat ancaman internet semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
![Rogol: Kaji semula sistem pendidikan negara berkaitan pendidikan seks - MAPIM Rogol: Kaji semula sistem pendidikan negara berkaitan pendidikan seks - MAPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41470306819_raped.jpg)
Rogol: Kaji semula sistem pendidikan negara berkaitan pendidikan seks - MAPIM
Kementerian Pendidikan digesa mengkaji semula sistem pendidikan negara khususnya berkaitan pendidikan seks di sekolah.