KLUANG: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dalam kejadian di Simpang Renggam dekat sini, dua minggu lepas.
Hakim Mujib Saroji juga memerintahkan lelaki berumur 39 tahun dan belum berkahwin itu menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 15 Mei lalu.
Tertuduh mengaku merogol kanak-kanak perempuan berkenaan di bilik belakang sebuah rumah di sebuah kampung di Simpang Renggam pada 3.30 petang, 14 Mei lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon maaf atas perbuatannya itu dan merayu hukuman ringan.
Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Muhamad Dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa bagi memberi pengajaran kepadanya dan orang awam.
Beliau berkata hukuman yang dijatuhkan perlu menunjukkan bahawa kerajaan dan mahkamah serius terhadap kesalahan merogol kanak-kanak kerana kes sedemikian merupakan jenayah berat.
Di mahkamah sama, seorang pemilik syarikat alat ganti kereta Tan Chuang Loong, 32, didakwa membunuh seorang lelaki K. Ramachandran menggunakan sebatang paip polivinil klorida (PVC) di sebuah kilang di Jalan Perindustrian Gemilang, Taman Perindustrian Gemilang.
Tan dituduh melakukan kesalahan itu antara 2.50 pagi hingga 4 pagi pada 15 Mei lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili peguam Dr Abraham Mathew kerana kes bunuh merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 17 Jun untuk sebutan semula kes bagi pihak pendakwaan menyerahkan laporan bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 27 2021

Seorang penganggur (kiri) dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan kerana kesalahan rogol, manakala seorang pemilik syarikat alat ganti kereta (dua, kiri) didakwa membunuh seorang lelaki. - Bernama
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.

Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.

Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.

Polis buat pengesahan sijil nikah anak menteri didakwa rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri, seperti yang tular baru-baru ini.

Pelicot tidak akan rayu hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan rogol
Dominique Pelicot telah memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan ke atasnya.

Warga emas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rogol
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 19 tahun, dua bulan lepas.

Polis Guatemala selamatkan 160 kanak-kanak dari komuniti Lev Tahor
Pihak berkuasa Guatemala menyelamatkan 160 kanak-kanak dan remaja daripada komuniti penganut Lev Tahor susulan dakwaan penderaan kanak kanak, termasuk rogol pada Jumaat.

Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.

Rogol kekasih, Ronaldo diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam
Seorang pelajar kolej diarah menjalani hukuman khidmat masyarakat atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang bawah umur.