KUALA LUMPUR: Filem 'Roh' arahan Emir Ezwan dinobat sebagai filem terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) KE-31 yang berlangsung malam tadi.
Filem itu turut memenangi anugerah lain termasuk Lakon Layar Terbaik (Emir Ezwan), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Junainah M. Lojong) dan Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Putri Qaseh).
Majlis itu dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Menteri KKMM Datuk Zahidi Zainul Abidin serta Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek.
Turut hadir Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Zakaria Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Dr Md Nasir Ibrahim dan Presiden OKU Sentral merangkap Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Sementara itu, pelakon Zul Ariffin merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Sangkar manakala Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Sinje Lee (The Garden of Evening Mists).
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman pula diberi kepada Fauziah Nawi dan Datuk Seri Dr Ahmad Nawab pula menerima Anugerah Khas Penggiat Belakang Tadbir.
FFM31 kali ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan konsep norma baharu serta melalui pemantauan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021
!['Roh' raih filem terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 'Roh' raih filem terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639172506_FilemTerbaikFFM.jpg)
Wakil dari filem Roh memberi ucapan terima kasih setelah memenangi anugerah Filem Terbaik FFM-31 sambil disaksikan oleh Annuar (kanan) dan Zahidi (dua, kiri) pada Malam Anugerah FFM31 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739015449_JPVPP.jpg)
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
![Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712580254_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Kapasiti air di beberapa takungan di Sandakan kurang
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan bekalan air di daerah itu bergantung kepada dua sumber utama, iaitu Empangan Segaliud dan takungan air. Bagaimanapun beberapa takungan dilaporkan mengalami penurunan kapasiti.
Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya mengaku telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
![Filem 'Roh' terpilih wakili Malaysia ke Anugerah Oscar Filem 'Roh' terpilih wakili Malaysia ke Anugerah Oscar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604469422_filemroh.jpg)
Filem 'Roh' terpilih wakili Malaysia ke Anugerah Oscar
Sejak tahun 2004, Finas telah mencalonkan satu karya filem tempatan untuk bertanding di anugerah berprestij tersebut.
![Wahai warga dunia, ketahuilah saya dan suami 'hantu lanun' sudah berpisah Wahai warga dunia, ketahuilah saya dan suami 'hantu lanun' sudah berpisah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71545279985_Lanun.jpg)
Wahai warga dunia, ketahuilah saya dan suami 'hantu lanun' sudah berpisah
Seorang wanita yang mengaku berkahwin dengan hantu lanun berusia 300 tahun pada Januari lalu, telah mengumumkan perpisahan mereka di Twitter.
![Bapa kes dera dan kurung anak mengaku tidak bersalah Bapa kes dera dan kurung anak mengaku tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/81421830761_295x200.jpg)
Bapa kes dera dan kurung anak mengaku tidak bersalah
Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dikurung sehingga beratnya tinggal hanya kira-kira tujuh kilogram dihadapkan ke Mahkamah Majistret.