KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, dilaporkan dalam keadaan lemah.
Perkembangan terbaharu itu dikongsi oleh salah seorang teman rapatnya, Haiza Hanafi kepada Astro AWANI hari ini.
"Sejak Ahad lalu ketika saya datang melawat, memang keadaan dia lemah.
"Tetapi dia boleh dengar bila saya bisik di telinga dia. Haiza beritahu dia datang (melawat), dia angguk," kata penyanyi lagu Dag Dig Dug itu.
Haiza atau nama sebenar, Rohaizah Nordin menambah juara Bintang RTM 1980 itu masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di ibu negara.
Bagaimanapun, ujarnya Rohana sudah tidak dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pada April lalu, Rohana yang juga pelantun lagu Rayuanku dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU akibat kebocoran pada usus.
Sementara pada 23 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi penyanyi veteran itu.
Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979.
Berbekalkan pengalaman menyanyi ekspo dan fun fair, penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor itu mencuba nasib dalam pertandingan Bintang RTM 1976, tetapi tuah tidak menyebelahinya.
Dengan bakat dan kesungguhannya, Rohana kemudian dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980, sebelum dilamar syarikat rakaman, AB Records.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, penyanyi terkenal, Datuk Francissca Peter berkongsi doa dan harapan agar rakan seangkatannya itu diberi kesembuhan.
Francissca secara peribadi berkongsi kesedihan dengan perkembangan kesihatan Rohana.
"Saya sangat berharap dan berdoa agar dia cepat sembuh. Semoga Tuhan menyembuhkan Rohana dan memberi kekuatan kepada keluarga dan orang yang tersayang serta membantunya pada ketika ini. Mari kita sama-sama berdoa untuk Rohana Jalil," tulis Francissca dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya.
Astro Awani
Tue Jun 20 2023
![Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684040671_rohanajalil.jpg)
Penyanyi Rohana Jalil masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di ibu negara. - Gambar fail
[TERKINI] Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
![OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739331837_OKUmental.jpg)
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
![Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666178262_pelbagaikaum.jpg)
Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.
![Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739333560_muhammadaisyalree.jpg)
Jenazah anak Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi ini.
![[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah [EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739330144_MazuinHamzah.jpg)
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
AWANI Ringkas 12 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Februari 2025
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
![Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738997935_PolisLogoPolisP.jpg)
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687400235_jaafaronn.jpg)
Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil
"Ketika itu dia nak berjalan pun susah, nyanyi pun sambil duduk"
![Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Rohana Jalil Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Rohana Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687340702_tbucapantakziah.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Rohana Jalil
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penggiat seni tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.
![Pemergian Rohana Jalil: Dia isteri yang teramat baik - Jahangir Khan Pemergian Rohana Jalil: Dia isteri yang teramat baik - Jahangir Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687321598_TBrohanajalil.jpg)
Pemergian Rohana Jalil: "Dia isteri yang teramat baik" - Jahangir Khan
Ketika ditanya kenangan bersama arwah, tidak banyak diceritakan kerana kenangannya terlalu banyak, tidak boleh pun nak diceritakan.
![Belasungkawa: Berpulangnya penyanyi berhati mulia Rohana Jalil Belasungkawa: Berpulangnya penyanyi berhati mulia Rohana Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687334859_TBRohanaJalil.jpg)
Belasungkawa: Berpulangnya penyanyi berhati mulia Rohana Jalil
Kehilangan yang cukup besar dalam industri seni.
![Pemergian Rohana Jalil: Mohon doakan arwah Mama - Kilafairy Pemergian Rohana Jalil: Mohon doakan arwah Mama - Kilafairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687324167_TBRohanaJalil.jpg)
Pemergian Rohana Jalil: "Mohon doakan arwah Mama" - Kilafairy
Anak Allahyarham Rohana Jalil, Syakila Nisha atau Kilafairy memohon agar mendoakan arwah ibunya.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Rohana Jalil Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Rohana Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687310819_RohanaJalilMening.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Rohana Jalil
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas penyanyi terkenal tanah air, Rohana Jalil yang meninggal dunia semalam.
![Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687321598_TBrohanajalil.jpg)
Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan
Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 sekitar pukul 11.45 pagi Rabu.
![Selamat berehat Kak Ana, moga bertemu di syurga - Haiza Selamat berehat Kak Ana, moga bertemu di syurga - Haiza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687297139_haizahanafitakzia.jpg)
"Selamat berehat Kak Ana, moga bertemu di syurga" - Haiza
Haiza merupakan antara artis yang dikenali sangat rapat dengan Allahyarham Rohana Jalil.
![Rakan artis kongsi duka pemergian Rohana Jalil Rakan artis kongsi duka pemergian Rohana Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687295865_RohanaJalilMening.jpg)
Rakan artis kongsi duka pemergian Rohana Jalil
Allahyarham Rohana Jalil dikenali sebagai artis yang pemurah sentiasa hulur bantuan pada mereka yang ditimpa kesusahan.
![Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684040671_rohanajalil.jpg)
Rohana Jalil dalam keadaan lemah - Haiza
Juara Bintang RTM 1980 itu masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).