KUALA LUMPUR: Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata gerak kerja dan tugasan kementeriannya akan diputuskan dalam masa terdekat, selepas bidang tugas kementerian baharu itu diketahuinya esok.
Gobind berkata beliau akan hadir ke Mesyuarat Jemaah Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang dijadualkan esok, untuk mengetahui bidang tugas kementerian itu bagi memudahkan penggubalan dasar dan perancangan untuk tempoh pendek, sederhana dan panjang kementerian itu.
"Saya akan lihat mulai esok dan saya rasa dalam masa yang terdekat, kita dapat wujudkan kerangka yang jelas dengan peranan saya sebagai Menteri Digital. Kita akan laksanakan sidang media dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di bangunan DAP di sini, hari ini.
Gobind, 50, yang pernah menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia sewaktu Pakatan Harapan (PH) pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kembali menganggotai Jemaah Menteri pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila dilantik sebagai Menteri Digital hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pada sidang akhbar sama berkata bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh, secara sukarela mengosongkan jawatannya bagi mengelakkan isu nepotisme dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
"Oleh kerana hubungan adik-beradik beliau (Ramkarpal) bersama Gobind, beliau merasakan bahawa tidak sesuai ada dua adik-beradik berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri, di dalam kabinet yang sama.
"Beliau mengambil sikap berkorban untuk mengosongkan jawatannya, supaya tidak memberikan ruang kepada pengkritik mengkritik parti DAP. Jadi, itu satu semangat saya rasa amat penting," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Ramkarpal yang banyak menyumbang kepada reformasi undang-undang, serta merangka rang undang-undang baharu sepanjang setahun beliau berkhidmat.
"Dalam masa sama, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Menteri Sumber Manusia (V. Sivakumar) di atas perkhidmatan beliau sepanjang setahun yang lalu, beliau telah mengeluarkan kenyataan menerima dengan hati terbuka keputusan Perdana Menteri dan itu merupakan satu sikap yang terpuji dan dihargai oleh parti (DAP)," katanya.
Turut hadir pada sidang media itu, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran dan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata rombakan Kabinet di bawah kerajaan pimpinannya dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan semasa yang dikehendaki dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023

Menteri Digital Gobind Singh Deo (kiri) ketika mengadakan sidang media khas di Pejabat Parti DAP hari ini. - Foto BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Kementerian Digital akan perkenal sistem perisikan pantau aktiviti jual data peribadi
Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun 2025.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kerajaan rangka inisiatif bantu industri PMKS perkasa teknologi digital dalam perniagaan
Ia antara lain bagi mengatasi jurang penggunaan digital dalam kalangan PKS dan memastikan peranan mereka kekal relevan.

Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.