KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berasa lega apabila terus diberi kepercayaan untuk memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Hannah berkata kelegaan itu disebabkan beliau dan timbalannya Adam Adli Abd Halim terus dikekalkan dalam menerajui KBS selepas topik rombakan Kabinet hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lepas.
Beliau berkata 2024 adalah tahun penting buat belia dan sukan dengan program Rakan Muda dan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi fokus utama KBS.
"Rasa lega kerana sudah berbulan-bulan orang cakap pasal rombakan Kabinet ini, sekarang kita boleh bergerak dan teruskan kerja kita," katanya ketika ditemui pada majlis penghargaan pasukan negara yang menjuarai Kejohanan Pemain Golf Amatur Dunia 2023 di Kuala Lumpur Golf and Country Club di sini, hari ini.
Pada masa sama, Hannah berkata beliau tidak bercadang untuk memperkenalkan program baharu, sebaliknya mahu memperkasakan program sedia ada, selain memastikan insentif sukan di bawah KBS dimanfaatkan sepenuhnya rakyat Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Sementara itu, mengulas mengenai permintaannya supaya Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mempertimbangkan semula keputusan meletakkan jawatannya hujung tahun ini, Hannah berkata ia kerana sinergi yang telah terbina dalam program Road To Gold (RTG).
Hannah yang merupakan pengerusi bersama RTG, selain Mohamad Norza berkata penglibatan figura itu dalam RTG sebagai Presiden BAM memberi impak positif terutama kepada sukan badminton yang membentuk blok majoriti atlet dalam program yang menyasarkan emas Olimpik pertama Malaysia itu.
"Saya percaya kalau ada pimpinan baharu tiada masalah, cuma sinergi (yang telah terbina) itu kerana kita beberapa bulan saja lagi (Paris 2024) sebab itu saya sebagai pengerusi bersama minta beliau pertimbangkan semula keputusannya itu," kata Hannah.
Menurut Hannah, beliau bukan mahu campur tangan dalam soal pentadbiran BAM, malah menyerahkan kepada Mohamad Norza dan BAM sendiri untuk berbincang dan membuat keputusan mengenai permintaannya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berasa lega apabila terus diberi kepercayaan untuk memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS). - Gambar fail/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Presiden Indonesia rombak Kabinet, lantik menteri dan ketua agensi baharu
Brian Yuliarto dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, menggantikan Satryo Soemantri Brodjonegoro.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Selasa menyangkal khabar angin mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dan menegaskan bahawa parti-parti gabungan masih kekal bersatu.

Jokowi dijangka adakan rombakan kabinet hari ini
Menurut media tempatan, terdapat tiga orang menteri dan ketua badan kerajaan yang akan dilantik pada 9 pagi waktu tempatan.

Dakwaan kepimpinan PKR gugur Kabinet, taktik lapuk pembangkang - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan khabar angin mengenai kepimpinan tertinggi PKR bakal digugurkan daripada Kabinet, sebagai taktik lapuk pembangkang.

Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.

Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
Rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, disifatkan bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya ke arah memperkasakan gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini.

Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan
Beliau yang beralih portfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran baharu buatnya.