PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam masa terdekat.
Beliau berkata antara sebabnya ialah kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub.
"Mesti ada (rombakan). Saya fikir dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya hari ini.
Ditanya desas-desus bakal dilantik mengetuai Kementerian Dalam Negeri susulan rombakan itu, Ahmad Zahid berkata beliau sedia menerima apa jua tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
"Sayapun lihat poster begitu tetapi Perdana Menteri belum bagitahu saya. Sebenarnya kementerian mana pun saya pergi, saya bersedia sebab yang pentingnya Kabinet ini buat keputusan secara konsensus.
"Biarpun saya memegang Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tetapi pada waktu yang sama, Perdana Menteri letakkan saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet, Jawatankuasa Peringkat Tinggi serta Pasukan Petugas yang melibatkan pelbagai kementerian dan saya lakukan perkara itu demi kepentingan Kerajaan Perpaduan yang ada," katanya.
Ahmad Zahid juga berkata sebagai Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional, beliau berharap Kementerian Wilayah dan Persekutuan dapat diwujudkan semula dalam rombakan Kabinet terbaharu.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu pernah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dari 2013 hingga 2018 di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau turut memutuskan untuk menjelajah ke semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara bagi mengupas isu berkaitan parti termasuk yang melibatkan perundangan dan politik.
"Ini penting, biar mereka (ahli UMNO) datang dan dengar sendiri penjelasan daripada saya dan pasukan yang mengenai aspek politik, perundangan serta beberapa isu lain... komunikasi melalui pendekatan tanpa lisan sangat penting, lebih penting jika ada sentuhan peribadi melalui komunikasi lisan melalui pemimpin utama organisasi," katanya sambil menambah beliau komited untuk bertemu dengan ahli parti di setiap bahagian melalui pendekatan konservatif itu walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Ahmad Zahid berkata antara sebabnya ialah kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub. - Gambar Bernama
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).
RUU Tahanan Rumah sedang diperhalusi
Kementerian Dalam Negeri sedang memperhalusi draf rang undang-undang (RUU) Tahanan Rumah yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menahan atau mengeluarkan perintah tahanan rumah sebagai alternatif kepada pemenjaraan.
10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.
Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

Presiden Indonesia rombak Kabinet, lantik menteri dan ketua agensi baharu
Brian Yuliarto dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, menggantikan Satryo Soemantri Brodjonegoro.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Selasa menyangkal khabar angin mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dan menegaskan bahawa parti-parti gabungan masih kekal bersatu.

Jokowi dijangka adakan rombakan kabinet hari ini
Menurut media tempatan, terdapat tiga orang menteri dan ketua badan kerajaan yang akan dilantik pada 9 pagi waktu tempatan.

Dakwaan kepimpinan PKR gugur Kabinet, taktik lapuk pembangkang - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan khabar angin mengenai kepimpinan tertinggi PKR bakal digugurkan daripada Kabinet, sebagai taktik lapuk pembangkang.

Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.

Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
Rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, disifatkan bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya ke arah memperkasakan gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini.

Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan
Beliau yang beralih portfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran baharu buatnya.