KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh telah secara sukarela memberi laluan untuk abangnya, Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh menyertai Kabinet.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan bahawa Ramkarpal berpendapat adalah tidak sesuai untuk dua bersaudara berada dalam barisan kepimpinan tersebut.
Menurut Loke, Ramkarpal mengosongkan jawatannya itu untuk mengelakkan kritikan dilemparkan terhadap parti itu.
"Jadi, tidak ada isu nepotisme di sini. Beliau memberikan laluan dari segi (menduduki jawatan Kabinet) kerana saudara Gobind yang merupakan abangnya dilantik sebagai menteri penuh.
"Maka beliau secara sukarela memberikan laluan dan mengosongkan jawatannya.
"Jadi, itu merupakan semangat yang saya rasa amat penting dan parti juga merakamkan penghargaan di atas pengorbanan beliau,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP pada Selasa.
Sebelum itu, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet dengan menyaksikan beberapa muka baharu dilantik sebagai menteri.
Anwar mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Gobind kembali menjawat jawatan menteri.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II.
Gobind pernah berkhidmat sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam pentadbiran Pakatan Harapan di bawah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dari tahun 2018 hingga 2020.
Irwan Muhammad Zain
Tue Dec 12 2023

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh telah secara sukarela memberi laluan untuk abangnya, Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh menyertai kabinet. - Gambar fail/BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.

Kerajaan cadang wujud agensi berpusat tangani isu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
Penubuhan agensi berpusat bertujuan memastikan fokus kepada tatacara kerja yang lebih teratur dan mengelak kekeliruan dalam penguatkuasaan.

Pengampunan Najib: 'KPN perlu elak komen isu Tony Pua' - Ramkarpal
Tan Sri Razarudin Husain perlu mengelak daripada memberi sebarang kenyataan dengan menyimpulkan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebagai bersalah.

Ramkarpal enggan layan cabaran debat isu pengampunan Najib
Ramkarpal Singh enggan melayan cabaran debat terbuka yang dibuat pengendali akaun Facebook Najib selain menyifatkan hantaran itu sekadar meraih publisiti murahan.

Rombakan Kabinet: Ramkarpal sukarela beri laluan kepada Gobind - Loke
Anthony Loke menjelaskan bahawa Ramkarpal berpendapat adalah tidak sesuai untuk dua bersaudara berada dalam Kabinet.

1,020 permohonan semakan akta hukuman mati selesai difailkan - Ramkarpal
Penyelarasan pemfailan dilaksanakan oleh BHEUU, JPM bagi memastikan proses semakan itu dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Pembangunan baharu di Kuala Lumpur tertakluk kepada TIA - Ramkarpal
Setiap pembangunan baharu yang dicadangkan di Kuala Lumpur adalah tertakluk kepada hasil kajian impak trafik (TIA).

Laporan Ketua Audit: Seorang penjawat awam dihadap ke mahkamah, 25 kena tatatertib
Seorang penjawat awam dituduh di mahkamah, manakala 25 orang lagi dikenakan tindakan tatatertib susulan daripada 12 isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

SPR tidak cadang benarkan bukan warganegara jadi saksi undi pos
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang untuk membenarkan mana-mana individu bukan warganegara Malaysia untuk menjadi saksi dalam proses pengundian pos bagi sesuatu pilihan raya di negara ini.