KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah tidak adil untuk menggugurkan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet dengan penilaian yang dibuat dalam tempoh setahun.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri.
Malah, Anwar yang juga Menteri Kewangan seperti memberi gambaran keperluan untuk menambah portfolio dalam barisan Kabinetnya.
"Saya fikir tidak lama lagi (rombakan) dan saya telah bagi tau seorang anak kecil yang bagi nasihat depan masjid dan saya setuju tetapi saya tidak pikir setelah satu tahun membuat penilaian yang adil... orang perintah 10 tahun, tiga tahun.
"Satu tahun terlalu awal. Menteri-menteri harus diberi peluang memperbaiki dan meningkatkan prestasi mereka termasuk perdana menteri juga.
"Kalau ada sedikit penyesuaian pengalaman kita satu tahun kita akan lakukan termasuk menambah (portfolio) sekiranya perlu," katanya.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, rombakan Kabinet perlu jika prestasi menteri itu meleset atau keadaan yang menuntut.
Bagaimanapun katanya, ia memerlukan rundingan daripada parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.
"Rundingan harus diadakan dan melihat kepada kekuatan parti-parti itu perlu diambil kira," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI, RTM dan TV3 pada Selasa.
Assim Hassan
Tue Dec 05 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah tidak adil untuk menggugurkan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet dengan penilaian yang dibuat dalam tempoh setahun. - Gambar fail/BERNAMA

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.
[TERKINI] PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bahrain tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.

Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus
Terdapat beberapa cabaran utama dalam mencapai sasaran SDG antaranya aspek tadbir urus dan kadar kebergantungan yang tinggi kepada kerajaan.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu
ST hari ini mengumumkan pelantikan Siti Safinah Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Datuk Abdul Razib Dawood.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.