EMPOLI 0 INTER 3
Romelu Lukaku berterima kasih kepada penyokong dan kakitangan kecergasan Inter selepas menamatkan kemarau jaringan menerusi permainan terbuka Serie A dengan mencetak dua gol dalam kemenangan 3-0 di Empoli, awal pagi tadi.
Penyerang Belgium itu membuka tirai jaringan perlawanan pada awal separuh masa kedua di Stadio Carlo Castellani dengan penyudah tepat melepasi Samuele Perisan sebelum menggandakan golnya di ruang sempit.
Ia adalah gol liga keempat dan kelimanyanya musim ini dan gol pertamanya daripada permainan terbuka sejak meledak ketika berdepan Lecce dalam pembukaan kempen ini, kira-kira 253 hari lalu.
Justeru, Lukaku - yang turut menjadi arkitek kepada gol pemain gantian, Lautaro Martinez - gembira dapat membalas semula sokongan orang-orang di sekelilingnya pada masa yang sukar.
“Kami harus berterima kasih kepada peminat, mereka menaruh kepercayaan kepada pemain untuk melakukan yang lebih baik lagi,” katanya kepada Sky Sport Italia.
“Ini adalah satu musim yang rumit dan kami berterima kasih kepada penyokong atas sokongan mereka.
"Saya kini lebih pantas dalam perubahan larian dan kami mencapai satu keputusan yang hebat di samping kakitangan kecergasan.
"Kecederaan sebelum ini adalah yang paling serius dalam karier saya, ia tidak pernah terjadi."
Lukaku - yang telah menyumbangkan 39 peratus daripada koleksi gol Inter sejak awal Februari lalu - menambah: "Saya semakin yakin dan berhasrat terus membantu pasukan." - Stadium Astro
Sinar Harian
Mon Apr 24 2023

Lukaku gembira dapat membalas semula sokongan orang-orang di sekelilingnya pada masa yang sukar. - Foto AP

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Romelu Lukaku antara lima pemain Belgium dilepaskan pulang
Belgium menghuni tangga ketiga dalam Kumpulan A2 berikutan kekalahan 1-0 kepada Itali dalam aksi terdahulu.

Euro 2024: Tielemans, De Bruyne pimpin Belgium ke puncak
Belgium rekod kemenangan 2-0 ke atas Romania sekali gus kembali menemui rentak kemenangan dalam saingan Euro 2024.

Mourinho mahukan pemain buangan Chelsea di Fenerbache
Jose Mourinho mahu menandatangani legenda Chelsea, Romelu Lukaku sejurus diumum bergelar pengurus kelab Turkiye, Fenerbahce.

Serie A: Roma sedia menandatangani Lukaku secara pinjaman sepanjang musim
Chelsea telah bersetuju dengan perjanjian pinjaman selama semusim dengan Roma untuk Romelu Lukaku.

Penyokong Juventus ceroboh padang bantah perpindahan Romelu Lukaku
Penyokong membantah kemungkinan perpindahan untuk penyerang Chelsea, Romelu Lukaku.

Romelu Lukaku akhiri penantian 253 hari Serie A
Penyerang Belgium itu membuka tirai jaringan perlawanan pada awal separuh masa kedua di Stadio Carlo Castellani.

UCL: Barella, Lukaku bantu Inter peroleh bekalan selesa ke San Siro
Tuan rumah mendominasi separuh masa pertama dalam usaha mendapatkan jaringan di laman sendiri.

Serie A: Juventus dihukum akibat 'dera' Romelu Lukaku
Juventus diarah menutup sebahagian daripada tempat duduk penyokong selepas mereka dijatuhi hukuman itu gara-gara tindakan penyokong mereka menghina penyerang Inter, Romelu Lukaku.

Kelayakan Euro 2024: Hatrik Lukaku kecewakan Sweden di Stockholm
The Red Devils menggantikan Roberto Martinez dengan Tedesco susulan tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia.

Lukaku cedera lagi
Romelu Lukaku mengalami kecederaan hamstring sekali lagi apabila membuat kemunculan semula selepas dua bulan di luar padang.