PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara sembilan tahun dan empat sebatan ke atas seorang bekas pekerja kilang atas tiga pertuduhan merompak dan mencuri di tiga buah kedai serbaneka di Johor Bahru, dua tahun lalu.
Ia setelah panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara menolak rayuan akhir Ahmad Sadeli Mohd Ali, 32, selaku perayu, bagi mengurangkan hukuman terhadapnya.
"Setelah meneliti fakta kes ini, kami dapati bahawa hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan adalah tidak berat.
"Oleh itu, keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara itu adalah betul manakala hukuman sebatan sebelum ini dikekalkan," kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin serta Datuk Lim Chong Fong.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Ahmad Sadeli didakwa merompak wang tunai berjumlah RM747, telefon bimbit dan dua kotak rokok Dunhill Red Classic dengan bersenjatakan sebilah pisau di dua kedai serbaneka di Taman Tiram Baru, Ulu Tiram dan Taman Mesra, Seleng di Johor Bahru, pada jam 10.30 pagi dan 11.05 pagi, 19 Dis 2021.
Dia turut didakwa mencuri wang tunai RM150 dan telefon bimbit milik seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru pada jam 3.30 pagi, 4 Dis 2021.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Pada 28 Dis 2021, Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan merompak, serta tiga tahun penjara atas kesalahan mencuri selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut.
Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara berasingan iaitu sembilan tahun penjara sebelum Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 27 Jun 2022 turut mengekalkan hukuman sama terhadap Ahmad Sadeli.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wong Poi Yoke manakala peguam Bustaman Menon Abdul Hamid mewakili Ahmad Sadeli.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023

Panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan akhir Ahmad Sadeli Mohd Ali, 32, selaku perayu, bagi mengurangkan hukuman terhadapnya. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.

Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.

Titah Adendum: Jangan ada berlagak hero berjuang untuk Najib - Puteri UMNO
Nurul Amal berkata, ini kerana UMNO melalui kepimpinan parti sudah lama mengusahakan agar keadilan diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.