IPOH: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata terhadap warga emas, bulan lepas.
Tertuduh, M Hari Chandran, 41 tahun, dan Lawrence Anthony Das, 39 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan pisau terhadap seorang warga emas, di sebuah rumah di Taman Ria, Ipoh, kira-kira jam 3 pagi, 24 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nazreen Zabarudin tidak menawarkan jaminan kerana kedua-dua tertuduh melakukan rompakan bersenjata terhadap mangsa sama dan tempat sama, sebanyak tiga kali dalam sebulan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin di samping syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi dan melaporkan diri di balai polis berhampiran, dua kali sebulan.
Mahkamah menetapkan 7 Julai hadapan sebagai sebutan semula kes.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, seorang lelaki mengaku tidak bersalah menyimpan satu unit telefon bimbit milik individu lain yang dipercayai hasil rompakan berkumpulan.
Tertuduh, Shashipal Singh Mahmuhan Singh, 33 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah pangsa di Bercham kira-kira jam 3.45 petang, 4 Jun lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga didenda.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran, sebulan sekali.
Mahkamah turut menetapkan 7 Julai hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit kes pecah rumah dan samun membabitkan pasangan warga emas di Taman Ria, Bercham, Ipoh.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jun 07 2023

Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata terhadap warga emas sementara seorang lelaki didakwa kerana menyimpan telefon bimbit milik individu lain, dipercayai hasil rompakan. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Gangguan seksual terhadap kerani bank: Siasatan polis di peringkat akhir
Siasatan kes seorang pegawai operasi sebuah bank di Bercham, berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita rakan sekerjanya berada di peringkat akhir.

Rompak warga emas: Dua lelaki mengaku tidak bersalah
Tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pisau terhadap seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Ria, 24 Mei lalu.

Dua remaja perempuan hilang ditemukan selamat di Bercham
Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang Selasa lepas ditemukan selamat di Bercham.

Fenomena musim bunga Sakura Malaysia melanda Perak
Selepas beberapa negeri, kini negeri Perak turut dilanda musim bunga 'Sakura Malaysia' yang mengindahkan pemandangan sekitar hingga menjadi tarikan orang ramai.

Mayat wanita warga emas ditemui dalam semak
Mayat dikatakan ditemui seorang wanita yang melihat objek menyerupai manusia dari rumahnya di tingkat 10 kondominium berkenaan.

Keluarga malang terus resah dihantui api misteri
Krew AWANI turut menjadi saksi kejadian api yang tiba-tiba menyala dan membakar pakaian di ampaian rumah keluarga tersebut.