KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak manakala seorang lagi cedera dalam satu rompakan nekad berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kejadian berkenaan berlaku pada 5.50 petang.
Menurutnya, semasa kejadian terdapat empat pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk mengambil wang tunai daripada sebuah bank untuk diangkut ke dalam van syarikat keselamatan dengan seorang pemandu menunggu dalam kenderaan.
Katanya, ketika mereka mengambil wang di bank berkenaan, dua pengawal keselamatan berada di dalam bank manakala seorang pengawal keselamatan berada di antara bank dan van itu dan seorang lagi pengawal keselamatan bersama pemandu berada dalam kenderaan.
Menurutnya, ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berada di antara bank dan van sedang menyerahkan karung berisi wang kepada rakannya yang menunggu di van.
Pada masa itu, seorang suspek lelaki meluru ke arah mereka untuk merampas karung wang itu lalu berlaku pergelutan antara mereka bertiga.
Kemudian, kata Abd Khalid, suspek berusia 38 tahun disyaki memukul salah seorang daripada pengawal keselamatan sehingga cedera dan menembak seorang lagi pengawal keselamatan sebelum melarikan karung berisi wang itu.
Katanya, pemandu van keselamatan yang panik segera membawa pengawal keselamatan yang cedera di bahagian tulang belakang masuk ke dalam van dan memandu van itu sehingga ke Puchong Perdana, tidak jauh dari lokasi kejadian dan mangsa yang cedera itu disahkan meninggal dunia di dalam van.
Sementara itu, Abd Khalid berkata suspek yang dipercayai melakukan jenayah itu secara bersendirian berjaya ditahan di tempat awam sekitar Seksyen 24, Shah Alam pada 7 malam tadi bersama karung berisi wang tunai namun jumlah wang yang dibawa lari suspek masih dalam siasatan.
Menurutnya pistol yang disyaki digunakan suspek menembak pengawal keselamatan berkenaan ditemukan di lokasi lain dan polis masih menyiasat kenderaan yang digunakan suspek semasa melarikan diri.
Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira 5 lebih petang semalam.
“Saya melihat ada sebuah van keselamatan berhenti di hadapan bank... datang seorang lelaki menghampiri pengawal keselamatan berkenaan lalu saya terdengar bunyi das tembakan dilepaskan,” katanya.
— BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022
Anggota Forensik Polis mengangkat mayat seorang mangsa yang terlibat dalam kes rompakan di hadapan sebuah bank di Puchong Prima, 11 Mac 2022. --fotoBERNAMA
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Polis nafi kejadian tular tembakan di Ampang Jaya malam tadi
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan ringkas hari ini.
Bekas penyerang Turkiye Akin cedera ditembak di Istanbul
Rakaman CCTV menunjukkan penyerang melarikan diri dengan motosikal.
Lelaki disyaki tembak pelajar di Georgia ditahan pihak berkuasa
Pegawai negeri Georgia menangkap bapa kepada remaja, Colt Gray, Colin Gray yang disyaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah tinggi di Georgia pada Khamis.
Remaja ditembak semasa pasang sepanduk kemerdekaan
Ketika kejadian, suspek melepaskan tembakan sebanyak tujuh kali yang terkena mangsa pada bahagian belakang.
Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak
Mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan lama di kawasan itu.
Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan suspek terlibat.
Suspek kes tembak di KLIA disambung reman di Kota Bharu
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan disambung reman bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.
Houthi dakwa tembak dron pengintip tentera AS di Laut Merah
Houthi dakwa, dron milik Amerika Syarikat MQ-9 telah ditembak jatuh berhampiran bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeidah pada Isnin.
Pendakwa raya siasat serangan di stesen TV ditemui mati
Cesar Suarez ditemui mati dengan kesan tembakan di Guayaquil, wilayah Guayas pada Rabu.