Pihak berkuasa maritim Malaysia, Indonesia dan Singapura sedang menjejaki dua buah kapal yang disyaki terbabit dalam rompakan kapal tangki MT Joaquim, yang membawa muatan 3,500 tan minyak mentah marin bernilai RM2.8 juta, Sabtu lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Madya Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata ia susulan penahanan sebuah kapal tangki yang membawa muatan minyak berhampiran perairan Dumai di Indonesia oleh pihak berkuasa maritim negara itu pada Isnin lepas.
Berikutan itu, APMM menggerakkan dua pesawat ke perairan Malaysia di Selat Melaka untuk menjejaki kedua-dua kapal berkenaan.
"Setakat ini, ia tiada dalam perairan Malaysia," katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat kedua penyelarasan operasi penguatkuasaan maritim bersama APMM, Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) dan Singapore Police Coast Guard (SPCG) di sini, pada Khamis.
Ahmad Puzi yakin kerjasama maritim Indonesia, Singapura dan Malaysia membolehkan kedua-dua kapal itu dijejaki dalam masa terdekat.
Kapal Tangki MT Joaquim yang didaftarkan di Singapura, hilang pada malam Sabtu ketika dalam pelayaran ke Langkawi dari Tanjung Pinang, Indonesia.
Ia ditemui semula di kedudukan 14 batu nautika Timur, Pulau Rupat, Indonesia pada pagi Ahad tanpa muatan kargonya.
Ahmad Puzi berkata pihak berkuasa maritim Indonesia sedang menjalankan siasatan termasuk menganalisis kandungan minyak yang dibawa kapal itu, yang ditahan pada Isnin lepas, bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan minyak mentah yang dibawa MT Joaquim.
"Ini (proses menganalisis kandungan minyak) mungkin mengambil masa empat hingga lima hari," katanya.
Mengenai mesyuarat kedua penyelarasan itu, Ahmad Puzi berkata ia merupakan platform terbaik bagi ketiga-tiga agensi penguatkuasaan maritim berkenaan saling bertukar pendapat dan pendekatan berkesan bagi memastikan perairan persempadanan laluan pelayaran antarabangsa sentiasa aman dan selamat kepada komuniti maritim.
Beliau berkata ia memberi penekanan kepada kepentingan perundangan dan penguatkuasaan dalam melaksanakan tugas di kawasan perairan negara dan di kawasan perairan antarabangsa yang melibatkan persempadanan maritim ketiga-tiga negara.
Mesyuarat itu turut merangka kerjasama ketiga-tiga agensi itu bagi memperkemas penyelarasan operasi penguatkuasaan khususnya bagi isu-isu jenayah rentas sempadan.
"Perlanunan, rompakan di laut, pemerdagangan manusia, penyeludupan migran, penyeludupan barangan terkawal merupakan jenayah yang menjadi fokus mesyuarat dalam merangka tindakan proaktif yang boleh diambil bagi membendung dan membanteras jenayah di perairan daripada terus berlaku," katanya.
Menurutnya ketiga-tiga negara perlu sentiasa mengkaji langkah-langkah baharu dan memperkukuh kerjasama serantau menerusi pelbagai bidang perkongsian termasuk maklumat, perisikan, siasatan, penggunaan aset laut dan udara.
Ahmad Puzi berkata kejadian rompakan MT Orkim Harmony di Laut China Selatan pada 11 Jun dan MT Joaquim di Selat Melaka pada Sabtu lepas adalah dua kajian kes yang dibincangkan secara mendalam.
Beberapa kes lain turut dibincangkan bagi mengambil iktibar dan menghasilkan tindakan proaktif penguatkuasaan maritim di kalangan negara terbabit, katanya.
Pada mesyuarat itu, APMM diketuai Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish, SPCG diketuai oleh Sac Hsu Sin Yun manakala Bakamla diketuai Laksamana Madya Dr Desi Albert Mamahit.
Bernama
Thu Aug 13 2015

AHMAD PUZI: Yakin kerjasama maritim Indonesia, Singapura dan Malaysia membolehkan kedua-dua kapal itu dijejaki dalam masa terdekat.
Lima bidang utama digaris dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan SOCA
Lima bidang utama digariskan dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA).
Festival Makanan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Putrajaya bersedia menjadi hab cita rasa Asia Tenggara dengan penganjuran Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya (PRAFF) 2025 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Mac.
Sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat dalam peringkat perancangan
Sidang kemuncak yang dirancang asean bersama Amerika Syarikat (AS) kini berada dalam peringkat perancangan.
Pengendali kereta api Indonesia lihat peningkatan penumpang
Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan
Manila gantung kelas bersemuka akibat indeks haba tinggi
Kerajaan Manila menggantung kelas bersemuka di semua peringkat bagi sekolah awam dan swasta akibat indeks haba yang tinggi, laporan dari Philippine News Agency.
Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
Dewan perniagaan Phuket menggalakkan sektor swasta menetapkan strategi baharu bagi pembangunan ekonomi dalam menghadapi peningkatan persaingan serantau.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentangkan
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.
MBSB isytihar dividen tunai tunggal RM1.80 sen sesaham bagi 2024
Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mengisytiharkan dividen tunai tunggal peringkat pertengahan sebanyak RM1.80 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pembayaran dividen ini akan dibuat pada 27 Mac 2025 kepada pemegang saham yang tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 17 Mac ini.
Pembayaran dividen ini akan dibuat pada 27 Mac 2025 kepada pemegang saham yang tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 17 Mac ini.
LHDN kesan 66,000 perniagaan e-dagang gagal patuh cukai
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengenal pasti sebanyak 66,000 perniagaan melalui Platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 sejak 1 Ogos 2024.
Menurutnya, semakan juga mendapati tiada rekod Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan dikemukakan sedangkan sejumlah 4 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan itu.
Menurutnya, semakan juga mendapati tiada rekod Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan dikemukakan sedangkan sejumlah 4 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan itu.

Banyak sumbangan Ahmad Puzi banteras kegiatan lanun di Selat Melaka - Duta Jepun
Jumlah jenayah maritim menurun daripada 45 kes pada 2005 kepada hanya empat kes pada 2017 apabila beliau bersara.

APMM sambut baik hasrat tiga mangsa culik
Ketiga-tiga mangsa fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil, 24 dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, menyatakan hasrat untuk menyertai APMM dalam sidang media semalam.

Lapan suspek rompak MT Orkim Harmony akan diekstradisi ke Malaysia tahun ini
Lapan suspek warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam kes rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony pada Jun tahun lepas, dijangka diektradisi dan dibicarakan di Malaysia tahun ini.

APMM gerak 45 aset kawal perairan negara pada musim perayaan
Aset yang terdiri daripada helikopter, kapal dan bot peronda itu akan digerakkan pasukan penguatkuasaan tersebut menerusi operasi khas iaitu 'Ops Pagar Laut 2016'.

87 bot nelayan asing tidak lagi berada di perairan negara - APMM
APMM menggunakan lima aset melibatkan empat kapal APMM dan sebuah pesawat Bombardier bagi memantau kawasan perairan itu.

APMM rancang beli aset mantapkan operasi
APMM merancang untuk menambah aset termasuk 10 buah bot jenis Airboat dalam tempoh masa dua tahun ini bagi memantapkan operasi agensi itu.

Rompakan MT Joaquim: Maritim Malaysia, Indonesia, Singapura jejak dua kapal
Pihak berkuasa maritim Malaysia, Indonesia dan Singapura sedang menjejaki dua buah kapal yang disyaki terbabit dalam rompakan kapal tangki MT Joaquim.

Orkim Harmony: 13 penjenayah terlibat dalam rompakan kapal - APMM
Risikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapati 13 penjenayah terlibat dalam rompakan kapal tangki MT Orkim Harmoni.

Kawasan pencarian MT Orkim Harmony diperluas
Usaha mencari dan menyelamat kapal tangki MT Orkim Harmony diperluaskan kepada perairan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

APMM perlu menguatkuasakan peraturan pencerobohan
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia sebagai jaminan pendapatan nelayan di Kampung Dulang Kechil tidak terjejas.