SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor susulan kekeliruan mengenai projek penebangan bakau melibatkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
"Saya ingin meminta maaf kepada Ketua Pembangkang (Datuk Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar) kerana pada sesi lalu, beliau membangkitkan isu PKPS yang melibatkan kawasan pantai di kawasan DUN beliau.
"Dalam sesi itu, saya rasa saya percaya projek itu bukan diluluskan kerajaan PH tetapi selepas semakan didapati projek itu diluluskan oleh kerajaan PH. Jadi saya minta maaf," katanya semasa persidangan DUN Selangor di sini hari ini.
Media melaporkan, Rizam pada sesi DUN sebelum ini mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil inisiatif memulihkan tanah paya bakau yang sepatutnya dijadikan projek kelapa sawit secara besar-besaran membabitkan PKPS di kawasan Kampung Dato Hormat, Sungai Ayer Tawar sekitar 2008.
Beliau mendakwa kawasan berkenaan dibiarkan selepas pokok bakau ditebang namun dakwaaan itu disangkal bekas Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong yang menafikan kelulusan penebangan bakau diberikan selepas Pakatan Rakyat mentadbir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

"Dalam sesi itu, saya rasa saya percaya projek itu bukan diluluskan kerajaan PH tetapi selepas semakan didapati projek itu diluluskan oleh kerajaan PH. Jadi saya minta maaf."

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Ronnie Liu mohon tamat keahlian DAP mulai esok
Keputusan itu diambil Ronnie kerana banyak perkara di luar jangkaan telah berlaku sepanjang 41 tahun beliau menganggotai parti berkenaan.

Ronnie Liu akan keluar DAP
Veteran DAP, Ronnie Liu akan bertindak keluar daripada parti tidak lama lagi.

Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu
Alwi berkata, kenyataan Ronnie Liu disifatkan biadap dan mengguris hati umat Islam.

PH sedia ambil alih kerajaan, urus pandemik - Ronnie Liu
Pakatan Harapan (PH) sedia untuk mengambil alih pimpinan kerajaan sedia ada, khususnya untuk menangani pandemic COVID-19, kata Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Ronnie Liu.

Polis buka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu
Polis mengesahkan dua kertas siasatan dibuka terhadap Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan Ronnie Liu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Hina Agong: Bukit Aman tahan ADUN Sungai Pelek untuk diambil keterangan
ADUN itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi tadi.

DAP tunggu Ronnie Liu jawab surat tunjuk sebab
Menyifatkan kenyataan Liu sebagai tidak bertanggungjawab, Chong berkata pihaknya akan meneruskan proses sepatutnya berhubung isu itu.

Amaran Armada Bersatu kepada Ronnie Liu kebudak-budakan - Chong
Jawatankuasa Displin DAP anggap kenyataan yang Ketua Pemuda Bersatu, serta sayap Armada tidak patut berlaku, dan tidak boleh berulang.

Semua ulasan dan pendapat saya luahkan dibuat dengan tulus hati - Ronnie Liu
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu bersedia berdepan dengan jawatankuasa disiplin parti itu susulan kenyataannya bersedia membentuk kerajaan PH tanpa Bersatu.

Kenyataan Ronnie Liu biadab, tidak hormati Perdana Menteri - Bersatu
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Dr. Radzi Jidin hari ini menemplak kenyataan Ahli Dewan Undangan DAP Ronnie Liu yang menyebut bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan BER