KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mendapati Datin Seri Rosmah Mansor telah mendominasi suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi keputusan penghakiman setebal 116 muka surat, Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, Rosmah mempunyai kawalan ke atas Najib.
Meskipun tiada urusan dalam tugas Najib atau hal ehwal kerajaan, hakim itu berkata, isteri bekas Perdana Menteri itu tetap melakukan perbuatan tersebut.
“Bekas Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor menyatakan wanita itu mempunyai sifat sombong dan kebolehan untuk mempengaruhi keputusan dalam perkhidmatan awam.
“Rizal telah bekerja dengannya selama beberapa tahun dan menyaksikan sikap Rosmah secara peribadi,” katanya selepas menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta berhubung tiga pertuduhan rasuah projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Menyentuh rakaman audio dan transkrip mengandungi ayat ‘Can I advise you something?’, hakim itu berkata, tertuduh tidak tegas menyatakan bahawa suara dalam rakaman audio itu bukan miliknya dan Najib.
Ia berbeza dengan kenyataan tiga saksi iaitu Rizal, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Madinah Mohamed yang telah mengenal pasti suara dalam rakaman itu milik pasangan suami isteri berkenaan.
“Tertuduh cuba mengaitkannya dengan perbincangan biasa antara suami dan isteri, namun ia jelas menunjukkan bahawa tertuduh memberi arahan kepada Najib mengenai hal ehwal kerajaan,” katanya.
Bagaimanapun, Mohamed Zaini berkata, memandangkan Najib tidak dipanggil untuk memberi keterangan, maka semua kenyataan dalam kes yang mengaitkan bekas Perdana Menteri itu adalah bersifat khabar angin.
Menurutnya, ia tidak boleh diterima sebagai bukti kerana hanya Najib boleh mengesahkan apa yang didakwa oleh Rosmah.
Sementara itu, hakim ini berkata, selepas penilaian yang maksimum, mahkamah mendapati tertuduh gagal untuk menyangkal anggapan rasuah mengikut Seksyen 50 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
“Pembelaan tertuduh adalah penafian kosong semata-mata yang dibuat tanpa bukti yang boleh dipercayai dan tidak berasas untuk menimbulkan keraguan yang munasabah,” katanya.
Rosmah dihukum penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.
Selepas mendengar rayuan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, Mohamed Zaini membenarkan Rosmah menangguhkan hukuman penjara dan denda, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
Mahkamah turut memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun, jika gagal membayar denda tersebut.
Rosmah dikenakan hukuman itu selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Sep 01 2022

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis mendapati Datin Seri Rosmah Mansor telah mendominasi suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Hakim Mohamed Zaini Mazlan menerusi keputusan penghakiman setebal 116 muka surat. - Gambar fail BERNAMA

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Rosmah telah mendominasi Najib: Hakim
Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, Rosmah mempunyai kawalan ke atas Najib.

Pasukan pembelaan kemuka notis rayuan dalam masa terdekat
Syukur kepada Tuhan, Rosmah boleh pulang ke rumah malam ini untuk bersama keluarga, kata peguam Jagjit Singh.

"Saya tulis sendiri semua penghakiman saya" - Mohamed Zaini
"Saya gagal mencari orang yang sudi menulis penghakiman untuk saya, jadi saya terpaksa tulis sendiri." - Mohamed Zaini Mazlan

Kes rasuah solar: Rosmah Mansor menangis, mohon belas ihsan mahkamah
"Anda telah melakukan perkara ini kepada suami saya dan anda mahu keluarga saya menderita." - Rosmah Mansor