PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke mahkamah pada Isnin ini untuk pendengaran rayuannya bagi membatalkan perbicaraan kes rasuahnya dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes tersebut.
Ini berikutan keputusan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah untuk menahan pengeluaran waran tangkap terhadap Rosmah, yang merupakan perayu dalam permohonan itu.
Hakim Hanipah berkata peguam perayu memohon perbicaraan ditangguhkan ke Isnin ini kerana perayu masih belum kembali ke Malaysia seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi melalui perintah bertarikh 15 Okt.
Beliau berkata peguam perayu mengakui bahawa kegagalan anak guamnya untuk hadir ke mahkamah hari ini adalah tidak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, hakim Hanipah berkata peguam bela responden (Sri Ram) telah mengemukakan bantahan terhadap kelakuan perayu yang tidak mematuhi perintah mahkamah supaya beliau kembali ke Malaysia pada 21 Nov dan beliau mendesak mahkamah supaya mengeluarkan waran tangkap kerana melanggar perintah mahkamah.
"Kami juga mengambil maklum penjelasan yang dikemukakan oleh peguam perayu khususnya mengenai kesilapan pihak peguam dalam menasihati perayu untuk hadir ke mahkamah hari ini. Kami juga mengambil maklum bahawa hujahan peguam perayu bahawa setakat ini perayu tidak pernah tidak hadir dalam prosiding Mahkamah Tinggi.
"Setelah mempertimbangkan sebab-sebab di atas, kami menggunakan budi bicara kami untuk menahan pengeluaran waran tangkap terhadap perayu ketika ini dan akan memberi peluang kepada perayu untuk hadir di hadapan kami seperti yang dilakukan oleh peguam perayu.
"Oleh itu, seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, perbicaraan hari ini akan ditangguhkan kepada 6 Dis untuk sambungan perbicaraan," kata hakim itu yang bersidang bersama hakim Datuk M. Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah.
BACA: Pejuang pertikai layanan istimewa terhadap Rosmah
Pada 15 Okt lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Rosmah supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau ke Singapura untuk melawat anaknya, Nooryana Najwa yang dijangka melahirkan anak kedua.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan semasa membenarkan permohonan Rosmah berkata isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu mesti kembali ke Malaysia sebelum atau pada 21 Nov dan pasport mesti diserahkan balik kepada mahkamah sebelum atau pada 6 Dis 2021.
Terdahulu, Sri Ram memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Rosmah kerana gagal hadir ke mahkamah hari ini dan turut meminta supaya jaminannya dibatalkan kerana melanggar perintah mahkamah.
"Kita bukan bercakap tentang kanak-kanak, kita bercakap tentang orang dewasa yang tahu apa tanggungjawab dan liabiliti mereka. Perkara di sini adalah perintah tidak dipatuhi. Jika ini kes rakyat biasa, seorang Ahmad bin Abdul, Muniandy atau Ah Chong, pasti berbeza. Saya tidak tahu kenapa harus berbeza dengan Rosmah binti Mansor dan bukan Ahmad bin Abdul.
"Kita perlu berpandukan perintah mahkamah. Jika orang ramai akan mengabaikan perkara ini maka apa gunanya membuat perintah ini? Perintah biasa adalah waran tangkap mesti dikeluarkan dan jaminan mesti dibatalkan," katanya sambil menambah bahawa Rosmah tidak seharusnya dilayan secara berbeza daripada tertuduh lain atau orang ramai akan hilang keyakinan terhadap mahkamah.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah berkata mereka telah menulis surat kepada pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan untuk memaklumkan bahawa Rosmah akan kembali ke Malaysia pada 6 Dis.
Hakim Hanipah bagaimanapun mencelah dengan berkata surat itu hanya diberikan kepada panel hakim 10 minit sebelum prosiding bermula.
Peguam Datuk Jagjit Singh yang juga mewakili Rosmah berkata beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya atas ketiadaan Rosmah dan memohon penangguhan sehingga Isnin.
Peguam itu berkata bahawa terdapat perubahan dalam rancangan perjalanan anak guamnya selepas mengambil kira Laluan Perjalanan Lengkap Vaksini (VTL) yang baru diperkenalkan.
Hakim Hanipah kemudian bertanya sama ada Rosmah telah kembali ke Malaysia, dan Jagjit menjawab bahawa anak guamnya masih di Singapura.
Rosmah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan kes rasuah beliau dalam usaha untuk bebas daripada tiga pertuduhan serta menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kes itu.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor.
Ia sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Pada 4 Okt Mahkamah Rayuan menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuahnya sementara menunggu selesai rayuan beliau dalam kes sama.
Susulan keputusan itu, Rosmah, 69, memberi keterangan sebagai saksi pembelaan di Mahkamah Tinggi pada 5 Okt lepas. Perbicaraan dijadual disambung pada 8 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021

Pada 15 Okt, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Rosmah supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau ke Singapura untuk melawat anaknya yang dijangka bersalin. - Gambar fail/ Bernama
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
AWANI Borneo [22/2/2025] – Air Oh Air | Ramadan | Pembangunan Luar Bandar
#AWANIBorneo bersama Nickyson Nyambar
- Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
- Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
- Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
- Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
- Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.

'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.

Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.

Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.

Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.

Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.

Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.

Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.