Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini, di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, hari ini.
Ketibaan Rosmah disambut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan timbalannya Datin Paduka Chew Mei Fun, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zailan Adnan.
Rosmah berada kira-kira setengah jam di HTJS beramah mesra dan bertanyakan perkembangan remaja itu selain menghadiahi sepasang baju Melayu biru, songkok serta hamper buah-buahan kepada Muhammad Firdaus.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Rosmah berkata beliau dimaklumkan Pengarah HTJS Datuk Dr Jaafar Che Mat bahawa Muhammad Firdaus telah pun makan dan tidur dengan baik manakala berat badannya meningkat 2.3 kilogram.
"Insya-Allah, dia akan dibenarkan keluar dari hospital hujung minggu ini atau minggu depan dan dia akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan," katanya.
Rosmah, yang juga Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), turut menyampaikan sumbangan RM1,000 daripada Bakti dan sumbangan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM1,000, yang akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji remaja berkenaan.
Beliau berkata mereka yang ingin menyumbang kepada remaja itu boleh berbuat demikian menerusi akaun Tabung Haji Muhammad Firdaus bernombor 010602000453616, yang dibuka untuk mengurus sumbangan yang diterima Muhammad Firdaus bagi keperluan masa depannya.
Sementara itu, Dr Zailan berkata Muhammad Firdaus telah sembuh dengan baik dan berat badannya pun meningkat sejak dimasukkan ke HTJS.
"Kita membuat pemeriksaan rapi dan melaksanakan semua disiplin perubatan. Kita bagi makanan tinggi protein dan tinggi karbohidrat. Kita juga sedang memulihkan keadaan 'electrolytes' dalam badannya dan apabila telah 'normalise' dia mungkin dibenarkan keluar hospital seawal-awal Jumaat ini atau besar kemungkinan minggu depan," katanya.
Beliau berkata walaupun diletakkan di bawah jagaan JKM Negeri Sembilan, pihak hospital akan terus memantau keadaan Muhammad Firdaus.
Rohani pula berkata Muhammad Firdaus akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di sini setelah dia dibenarkan keluar hospital.
Katanya adik Muhammad Firdaus berumur tujuh tahun, Muhammad Haziq, sudah ditempatkan di rumah kanak-kanak itu.
"Kami masih lagi mengesan waris sebelah bapa Muhammad Firdaus," katanya.
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak berurus di dalam bilik yang kotor dan dipenuhi najis oleh Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman semasa jabatan itu menjalankan operasi bersepadu 6P di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lepas selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan. -- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 30 2014

Datin Seri Rosmah meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama Muhammad Firdaus. -FotoBERNAMA

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
41 pekerja dikhuatiri tertimbus runtuhan salji
Sekurang-kurangnya 41 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus manakala 16 diselamatkan dalam kejadian runtuhan salji berhampiran sempadan India-Tibet pada Jumaat.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Menteri Ekonomi ASEAN kolektif kerjasama dengan AS
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menegaskan persetujuan untuk bekerjasama secara kolektif dan mengekalkan pendekatan keterlibatan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Amerika Syarikat.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
FGV sasar capai margin keuntungan lebih baik
FGV Holdings Bhd menyasarkan untuk mencapai margin keuntungan yang lebih baik pada separuh pertama tahun 2025 susulan bekalan yang terhad dan permintaan tinggi sempena musim perayaan yang dijangka mengekalkan harga minyak sawit mentah (MSM) pada paras tinggi.
18 keutamaan ekonomi dipersetujui negara anggota
ASEAN mencapai persetujuan terhadap sembilan daripada 18 PED yang ditetapkan Malaysia setakat ini.
Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu
Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah jatuh pada Sabtu, 1 Mac 2025, hasil sidang isbat yang diadakan di Jakarta pada Jumaat.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

Pegawai imigresen KLIA 'ditangkap' selit 12 pasport di pinggang
JIM menemui 12 keping pasport asing pada badan seorang pegawai JIM di Pejabat Operasi Terminal 2 KLIA pada 1 Januari lalu.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

Trump kerah 1,500 tentera ke sempadan AS-Mexico
Presiden Donald Trump pada Rabu mengarahkan pergerakan 1,500 anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat-Mexico (AS-Mexico) selepas menandatangani perintah eksekutif baharu yang melarang kemasukan ap