MALAM pertama Konsert Another Journey: The Beginning dari Diva Indonesia, Rossa, yang dibawakan oleh Dream Fest Kuala Lumpur Vol.3 di Zepp Kuala Lumpur berlangsung hangat dan penuh energatik.
Ironi malam pertama yang menyaksikan Rossa membawa bersama penyanyi Rizky Febian dan Betrand Peto Putra Onsu adalah malam tambahan dari konsert dengan jadual sebenar yang berlangsung tanggal 14 Julai 2023.
Justeru atas permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat, Konsert Another Journey: The Beginning menjadi dua malam.
Dan malam pertama diisi padat dengan penggemar Rossa yang tidak mahu melepaskan peluang merasai juga menikmati persembahan yang dibawakan dalam siri konsert kali ini.
Tiada yang extravaganza di atas pentas kerana barangkali titik fokusnya adalah Rossa, penyanyi genit yang sudah melewati puluhan dekad menjadi pelaku seni.
Ia diisi dengan pemandangan biasa iaitu barisan pemuzik yang menjadikan persembahan pada malam itu ‘hidup’.
Selebihnya fokus diberikan kepada Rossa yang pada set pertama persembahan tampil manis bergaun merah jambu.
Tanpa mahu membawa penggemarnya menunggu lebih lama, pada awal persembahan Rossa sudah menghadiahkan mereka dengan tembang hitnya selepas Betrand membuka acara.
Ia termasuklah Aku Bukan Untuk dan Jangan Hilangkan Dia sebelum seluruh Zepp KL gegak gempita saat Rossa menyanyikan secara medley lagu yang telah membuat namanya semakin harum dan dikenali di Malaysia iaitu Ayat Ayat Cinta serta Atas Nama Cinta.
Rossa terus membawa peminat mengembara dalam Konsert Another Journey: The Beginning lewat pemilihan lagu dari zaman awal kemunculan sehingga kelahiran album dengan judul sama (konsert).
Evolusi ini terlihat menerusi improvisasi yang diberikan Rossa melalui susunan muzik baru dalam nuansa antara EDM yang lebih segar.
Bagi peminat yang sudah lama bersamanya, mendengar tembang Pudar yang biasanya mellow dirancakkan dengan susunan muzik dan persembahan energetik Rossa mungkin ‘membunuh rasa’ tetapi daripada segi bergerak dengan relevannya seseorang dalam industri sekali gus mencari peminat baharu, ia adalah strategi yang bijak.
Lagi pula, Rossa sudah mendendangkan lagu-lagu patah hati dan galau seperti Khanti, Lupakan Cinta, Tegar serta Wanita dalam versi asli.
Banyak bercanda dan bermesra dengan penontonnya, Rossa sebelum mendendangkan salah satu lagu terkini yang dibuat semasa pandemik COVID 19 melanda dunia telah mendedahkan rahsia percintaannya dengan seorang warganegara Malaysia.
“Jadi mantan ya, itu orang Malaysia, sempat kelmarin. Langsung waktu pandemik COVID 19 melanda aku bikin satu lagu.
“Lagunya berjudul Masih. Ini aku tujukan buat dia ya. Jangan dicari di medsos (media sosial) nanti,” katanya sambil bercanda.
Kemunculan Rizky Febian dengan dua hitnya iaitu Cuek dan Kesempurnaan Cinta ibarat bonus buat semua — beli tiket Rossa, dapat hadiah Rizky Febian — dan tentulah meski kemunculannya sekejap tetapi impak yang ditinggalkan cukup mengesankan.
Menutup konsert dengan salah satu hit yang sangat disukai banyak wanita iaitu Hey Ladies, Konsert Another Journey: The Beginning adalah sebuah ‘kembara’ yang sukses.
Rossa dan tim yang sudah lama bergelumang dengan dunia hiburan sedar selain bahawa membikin konsert yang entah sudah ribuan kali bukan sekadar menyanyi di atas pentas tetapi bagaimana menjadi penghibur yang boleh membuat penggemar terus menyokong keberadaan seseorang pelaku seni dalam industri hiburan. -Gempak
Gempak
Sun Jul 16 2023

Kemunculan Rizky Febian dengan dua hitnya iaitu Cuek dan Kesempurnaan Cinta ibarat bonus buat semua, dan tentulah meski kemunculannya sekejap tetapi impak yang ditinggalkan cukup mengesankan. -Gempak
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.