Kerajaan negeri Terengganu menunggu masa sesuai untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kaedah penyaluran royalti minyak dan gas kepada rakyat negeri itu.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jaminan Tun Dr Mahathir itu sangat dialu-alukan dan beliau menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai sesuatu yang sangat positif dalam hubungan kerajaan negeri Terengganu dan persekutuan.
"Saya mewakili rakyat Terengganu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada perdana menteri atas jaminan berhubung penyaluran royalti minyak itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke Bazar Ramadan Batu Enam di sini pada Ahad.
Isu royalti minyak dan gas Terengganu terus menjadi perhatian ramai apabila Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini berjanji akan menyalurkan royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar hasil bumi itu.
Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang menegaskan rakyat Terengganu tetap menerima manfaat royalti itu namun ia tidak diberi secara terus kepada kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini, Ahmad Samsuri berkata itu hanyalah pandangan peribadi beliau.
Ditanya mengenai kewajaran untuk meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula, Ahmad Samsuri berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkannya secara lebih serius dengan mengambil kira impak positif terhadap ekonomi dan rakyat Terengganu.
"Bagi saya, projek ini wajar diteruskan kerana ia boleh menjana pertumbuhan ekonomi negeri terutama di kawasan yang akan terlibat sebagai hentian laluan kereta api ini.
"Saya berharap projek-projek yang baik seperti ini akan diteruskan asalkan tidak memberi bebanan kepada negeri dan rakyat negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 20 2018
![Royalti: MB Terengganu akan adakan pertemuan dengan PM Royalti: MB Terengganu akan adakan pertemuan dengan PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452447514_PelantarMinyakPetron.jpg)
Isu royalti minyak dan gas Terengganu terus menjadi perhatian ramai apabila Pakatan Harapan dalam manifesto PRU14 berjanji akan menyalurkan royalti 20 peratus kepada negeri itu. - Gambar hiasan
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737543783_AhmadSamsuri.jpg)
Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.
![Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702121138_TBAhmadSamsuri.jpg)
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
![Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734074944_TBAbdulHadi.jpg)
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
![‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam ‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733987662_TBAhmadSamsuri.jpg)
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
![Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687862902_SamsuriMokhtar.jpg)
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
![PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733028171_SamsuriMokhtar.jpg)
PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.
![PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732788903_TBAnwar.jpg)
PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen.
![DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025 DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732174875_TBAhmadSamsuri.jpg)
DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
![Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729856877_kemaman.jpg)
Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.
![Pembinaan ECRL Terengganu capai 86 peratus - Ahmad Samsuri Pembinaan ECRL Terengganu capai 86 peratus - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725455237_TBECRL.jpg)
Pembinaan ECRL Terengganu capai 86 peratus - Ahmad Samsuri
Tahap kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu mencapai 86 peratus setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.