KUALA LUMPUR: Seorang pesuruhjaya kehakiman hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang menuntut mereka membayar AS$6.59 bilion.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Lavinia Kumaraendran, yang mewakili Mohd Irwan, ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes saman di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain.
"Oleh itu, tarikh pengurusan kes yang ditetapkan pada 27 Sept ini serta pendengaran permohonan Mohd Irwan dan Arul Kanda untuk membatalkan saman 1MDB pada 19 Okt dilapangkan," kata peguam itu.
Permohonan untuk membatalkan saman itu ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Roz Mawar bagi menggantikan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh yang akan berpindah ke bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.
Difahamkan Roz Mawar sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan dan Penguatkuasaan Sivil Suruhanjaya Sekuriti Malaysia iaitu antara agensi yang terlibat dalam siasatan 1MDB.
Arul Kanda dan Mohd Irwan disaman 1MDB pada Mei 2021 berhubung dakwaan mereka melakukan pecah amanah dan konspirasi menyebabkan dana negara itu mengalami kerugian berjumlah US$1.83 bilion membabitkan pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.
1MDB juga mendakwa kedua-dua defendan melakukan pecah amanah dan konspirasi dengan menyeleweng wang berjumlah US$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investments dan US$1.265 bilion dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 9 Mei 2017.
Menurut 1MDB, Mohd Irwan juga berkonspirasi dengan Arul Kanda untuk menyebabkan syarikat itu melaksanakan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan dan membuat pembayaran berjumlah RM2,905,200 kepada Arul Kanda selaras dengan perjanjian tersebut tanpa menghiraukan kepentingan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian.
Sehubungan itu, 1MDB antara lain menuntut kedua-dua defendan membayar US$6.59 bilion berhubung pelanggaran tersebut dan tambahan RM2.9 juta daripada Mohd Irwan berkaitan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022

Seorang pesuruhjaya kehakiman hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar dan Arul Kanda. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Roz Mawar tarik diri dengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar, Arul Kanda
Seorang pesuruhjaya kehakiman hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman 1MDB terhadap Irwan Serigar dan Arul Kanda.

Penstriman langsung angkat sumpah jawatan hakim esok
Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan itu akan diadakan di dewan persidangan Istana Kehakiman Putrajaya, esok pada pukul 3 petang.

Tempoh percubaan pesuruhjaya kehakiman maksimum dua tahun - Ketua Hakim Negara
Sebelum ini, JC perlu menjalani tempoh percubaan antara tiga dan enam tahun, yang dianggap agak lama.