SEREMBAN: Tidak teratur, sempit dan panas, begitulah keadaan kontena yang menempatkan kira-kira 52 pekerja asing Nepal dan Bangladesh yang dibongkar Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menerusi Operasi Matela di sini hari ini.
Operasi diketuai Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud mendapati 12 kontena disediakan oleh majikan dalam sektor perkilangan tilam itu tidak mendapat Perakuan Penginapan Jabatan Tenaga Kerja.
Pemerhatian mendapati keadaan pendawaian elektrik di setiap kontena berkenaan juga tidak teratur dan membahayakan keselamatan pekerja selain keadaan kontena yang gelap.
"Penginapan ini tidak menepati Akta 446, tempat tinggal pekerja asing dalam kontena agak panas kerana tiada pengudaraan baik, struktur bangunan juga telah berkarat, ia membahayakan pekerja. Kontena ini telah dibina dalam 15 tahun.
Selain itu juga, tempat memasak dan ruang mandi pekerja ini tidak diuruskan dengan baik, kita harap majikan mengambil serius perkara ini, mereka perlu patuhi akta ditetapkan supaya kebajikan pekerja terjaga," katanya kepada pemberita selepas operasi di kilang terbabit.
Beliau berkata majikan terbabit menggajikan lebih 160 pekerja termasuk 60 pekerja tempatan dan selebihnya adalah pekerja asing selain turut menyediakan pangsapuri bagi pekerja lain.
Katanya pihak majikan itu mendapat Perakuan Penginapan daripada JTK bagi pangsapuri berkenaan namun tidak memohon Perakuan Penginapan bagi penginapan jenis kontena di dalam kilang itu.
Beliau berkata majikan tersebut didapati melakukan pelanggaran terhadap Jabatan melalui Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] di bawah JTKSM dan siasatan terperinci dijalankan bagi melihat pematuhan terhadap akta-akta lain termasuklah Akta Kerja 1955 dan Perintah Gaji Minimum.
Katanya JTK Negeri Sembilan membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 24D Akta 446 dan jabatan dan agensi lain dalam operasi terlibat turut mengambil tindakan susulan secara terperinci selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Keadaan penginapan buruh pekerja jenis kontena pada Ops Matela di sebuah kilang di Jalan Jelebu, hari ini. - Foto BERNAMA
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Meskipun populasi harimau merosot di seluruh dunia selepas sebahagian besar habitat telah diceroboh, situasi ini berbeza di sebuah kawasan hutan luas terlindung di Thailand.
Tourism Malaysia pergiat aktiviti promosi pelancongan ASEAN
Langkah itu bertujuan memastikan Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan utama 10 negara ASEAN, selari dengan komitmen memperkukuh industri pelancongan serantau.
Buat wanita gemar 'membawang,' Nora Danish pesan amalkan sedekah, sentiasa bertaubat
Amalan bersedekah dapat mengingatkan kita untuk tidak melakukan perkara seperti mengata atau mengumpat orang lain.
Pasukan rundingan baharu akan ditubuhkan
Sebuah pasukan rundingan damai kerajaan baharu akan ditubuhkan bagi menangani konflik yang berterusan di Selatan Thailand.
Kerajaan Britain sokong pelan pengembangan Lapangan Terbang Heathrow
Menteri Kewangan Britain Rachel Reeves pada Rabu mengumumkan bahawa kerajaan akan menyokong rancangan pembinaan landasan ketiga di Lapangan Terbang Heathrow, satu keputusan yang mendapat kritikan berikutan kebimbangan kesannya terhadap alam sekitar.
Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Washington
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pada Rabu mengesahkan sebuah jet PSA Airlines bertembung di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 ketika menghampiri Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan Washington.
Ruang penginapan pekerja asing sempit, panas dan tidak teratur diserbu JTKSM
Pemerhatian mendapati keadaan pendawaian elektrik di setiap kontena berkenaan juga tidak teratur dan membahayakan keselamatan pekerja selain keadaan kontena yang gelap.