MELAKA: Bertugas dan berada di dalam kapal selam yang beroperasi pada kedalaman tertentu di laut - bukan sehari dua tetapi selama berminggu - menuntut jiwa yang kental.
Ini kerana pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh mereka, khususnya dari segi keselesaan, disebabkan ruang yang sempit dan berkongsi pula dengan rakan setugas yang lain.
Pengalaman itu dikongsikan oleh pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapt Khairulnizam Said, 46, yang kini bertugas di Markas Pemerintahan Kapal Selam, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, Sabah.
"Saya ditawarkan untuk menjalani latihan sebagai kru kapal selam pada awal 2005, ketika itu saya bertugas bersama KD Pelandok.
Ini sebagai persediaan untuk TLDM mengendalikan aset kapal selam yang bakal diperoleh negara ketika itu.
"Kalau ikutkan, cabaran bermula saat dipanggil menduduki ujian bertulis dan temu duga.
"Saya bersyukur melepasi ujian tersebut dan dapat bersama-sama 91 pegawai dan anggota lain-lain pangkat untuk menjalani latihan di Brest, Perancis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini baru-baru ini.
Menurut bapa kepada tiga anak itu, dalam tempoh 2005 hingga 2008, mereka belajar dari segi teori dan juga praktikal selain tentang teknologi kapal selam, merangkumi teknologi terdahulu hingga yang terkini.
Anak jati Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah itu berkata bagi latihan di dalam kapal selam, mereka mengoperasikan Ouessant, kapal selam berteknologi lama yang pernah berkhidmat dengan Tentera Laut Perancis.
"Paling sukar dilupakan apabila rakan saya terpilih mengikuti latihan pelayaran pertama bersama kapal selam Ouessant dalam cuaca buruk. Segala rasa ada dalam dada dan fikiran.
"Tapi saya bangga kerana mereka mampu menamatkan latihan pelayaran tersebut dengan selamat dan berjaya," katanya.
Bercerita lanjut, Khairulnizam berkata antara kenangan yang masih tersemat dalam ingatannya ialah makan di dalam ruang makan yang sempit.
"Walaupun ruang terhad, ini tidak menghalang kami daripada menikmati hidangan yang disediakan oleh bendari (tukang masak di atas kapal). Untuk keselesaan, kami bergilir makan dalam dua kumpulan.
"Kadangkala bendari hidangkan menu orang kita seperti masak lemak dan kari," katanya.
Malah katanya pada peringkat awal pelayaran, pelatih turut membawa bekal mi segera ketika menjalani latihan di laut untuk dinikmati selepas tamat tugas awasan, terutama pada waktu malam.
Menurutnya, selepas menyedari situasi itu, Ouessant kemudian dibekalkan dengan mi segera pada pelayaran-pelayaran seterusnya.
Cerita beliau lagi, ruang tidur juga terhad yang mana bunk bed (ranjang) hanya membolehkan seseorang tidur dalam keadaan menelentang.
"Sukar pada peringkat awal, tapi lama-kelamaan jadi kebiasaan," katanya.
Selepas hampir empat tahun menjalani latihan, saat paling dinanti-nantikan ialah apabila lencana Dolphin disemat di dada, iaitu pengiktirafan sebagai submariner, katanya.
Menurutnya, untuk dianugerahi lencana itu, pelatih sentiasa diuji dari segi pengetahuan, pencapaian dan kemampuan dalam mengendalikan kapal selam dan teknologinya.
"Memang seronok jalani latihan tapi di sebaliknya perasaan risau sentiasa ada, kerana sepanjang pelayaran kami akan dinilai dari semua aspek, termasuklah tingkah laku, pergaulan sesama kru dan jurulatih, kemampuan menyelesaikan masalah yang diajukan, dan paling utama, kemampuan bekerja sebagai satu pasukan.
"Tanpa elemen ini, seseorang itu boleh membahayakan keselamatan dirinya, kru malah kapal selam yang dikemudikan," katanya.
Selesai menjalani latihan dan diiktiraf sebagai submariner, Khairulnizam ditugaskan oleh TLDM sebagai sebahagian daripada kumpulan pertama kru kapal selam kedua negara iaitu KD Tun Razak.
Malaysia memperoleh dua aset kapal selam kelas Scorpene yang dibangunkan masing-masing oleh firma DCNS yang berpangkalan di Perancis dan Navantia dari Sepanyol. Kapal selam pertama dinamakan KD Tunku Abdul Rahman tiba di negara ini pada 2009, sementara KD Tun Razak pula pada 2010.
Mengulas perbezaan dalam mengendalikan Ouessant yang merupakan kelas Agosta dan KD Tun Razak, beliau berkata ada perbezaan ketara kerana Ouessant berteknologi lama sedangkan KD Tun Razak kapal selam berteknologi terkini.
"Antara perbezaan itu ialah peralatan auksiliari, iaitu di KD Tun Abdul Razak, peralatan auksiliari dioperasikan secara automasi manakala Ouessant pula sebaliknya," jelas Khairulnizam.
Berdasarkan carian Internet, Ouessant ditauliahkan oleh Tentera Laut Perancis pada 1979 dan kini dimiliki oleh TLDM sebagai sebahagian daripada perjanjian perolehan Scorpene.
Ouessant kini ditempatkan di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang di sini. Kapal selam itu diangkut menggunakan kapal kargo dari Perancis pada Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 Nov 2011.
Bekas aset Tentera Laut Perancis itu dibuka kepada umum buat pertama kali pada 22 Nov tahun sama selama 10 hari sebelum ditutup sementara untuk penyelenggaraan dan dibuka semula pada 17 Dis 2011.
Berkongsi cerita dengan Bernama, Pembantu Muzium Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Saiful Bahari Harun berkata beliau masih mengingati saat ketibaan kapal selam itu.
"Kagum mungkin ayat yang hampir tepat menggambarkan perasaan saya ketika pertama kali melihat sendiri kapal selam tersebut. Yang terlintas dalam hati, bagaimana kru boleh hidup di dalam kapal yang ruangnya sangat sempit, hinggakan hendak berselisih dua orang pun tidak muat," katanya yang merupakan antara orang awam terawal di negara ini menaiki kapal selam itu.
Perkara lain yang tidak boleh dilupakan ialah "bau" di dalam kapal tersebut, yang katanya turut menyebabkan kapal selam itu ditutup hampir seminggu kepada semua orang bagi memastikan udara di dalamnya benar-benar selamat.
Kurator Perzim Syahidah Abu Sah pula berkata tidak banyak ubah suai yang dilakukan ke atas Ouessant sebelum dibuka kepada umum.
"Tidak sampai lima peratus (ubah suai yang dilakukan) kerana kita mahu kekalkan suasana keadaan sebenar kapal. Kita hanya tebuk dinding kapal untuk dijadikan pintu masuk.
"Ini bagi memudahkan pengunjung serta faktor keselamatan kerana pintu sebenar terletak di bahagian atas kapal. Selain itu, kita bina penghadang lut sinar serta tampal beberapa plat keterangan di beberapa tempat di dalam kapal selam... yang lain memang tidak diganggu langsung," katanya.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Perzim Mohd Nasruddin Rahman berkata Perzim merancang untuk mengecat semula badan kapal tersebut yang kini mula mengelupas dan berkarat disebabkan faktor cuaca dan persekitaran.
"Ini hanya sebahagian daripada penyelenggaraan bagi memastikan hayat kapal selam ini bertahan lebih lama, selain menarik dipandang pengunjung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021
![Ruang sempit antara cabaran bertugas dalam kapal selam - Kru Ruang sempit antara cabaran bertugas dalam kapal selam - Kru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639358924_kapalselaminterio.jpg)
Bertugas dan berada di dalam kapal selam yang beroperasi pada kedalaman tertentu di laut - bukan sehari dua tetapi selama berminggu - menuntut jiwa yang kental. -Gambar hiasan/Unsplash
![Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738919402_AnwarIbrahim.jpg)
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
![Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738919772_tbDonaldTrumplett.jpg)
Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Trump mendakwa ICC melakukan "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan sekutu rapatnya, Israel.
![Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Kadar jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.81 bilion daripada RM24.86 bilion pagi ini.
![Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738917216_PempengaruhMintaM.jpg)
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738917078_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
![Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738903789_TBSaidatulZakirah.jpg)
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.
Kekurangan tenaga kerja halang inovasi AI sektor kesihatan
Malaysia berdepan cabaran besar dalam mengadaptasi teknologi AI dan digital dalam sektor kesihatan awam akibat kekurangan tenaga kerja mahir. Dengan lebih 8,000 kekosongan jururawat dan ribuan jawatan doktor belum diisi, pakar menegaskan keutamaan kini adalah memastikan tenaga kerja mencukupi bagi mengoptimumkan sistem kesihatan digital negara.
![Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.
![KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731200804_kapalselamKDTunR.jpg)
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
![Pemberian kontrak ISS 2 kapal selam TLDM bukti keyakinan kepada BHIC Pemberian kontrak ISS 2 kapal selam TLDM bukti keyakinan kepada BHIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718409114_BousteadHeavyIndus.jpg)
Pemberian kontrak ISS 2 kapal selam TLDM bukti keyakinan kepada BHIC
Pemberian LOA ini membuktikan keyakinan kerajaan Malaysia terhadap kebolehan BSES dan BHIC menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan.
![Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714709031_kapalselam.jpg)
Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.
![Dua MPA kesan kapal selam di Laut China Selatan dalam proses perolehan - Mohamad Dua MPA kesan kapal selam di Laut China Selatan dalam proses perolehan - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698645225_MohamadHasanmente.jpg)
Dua MPA kesan kapal selam di Laut China Selatan dalam proses perolehan - Mohamad
Kementerian Pertahanan kini dalam proses perolehan dua pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) dari Itali.
![Korea Utara lancar 'kapal selam serangan nuklear taktikal' baharu Korea Utara lancar 'kapal selam serangan nuklear taktikal' baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694163182_Military.jpg)
Korea Utara lancar 'kapal selam serangan nuklear taktikal' baharu
Korea Utara melancarkan "kapal selam serangan nuklear taktikal" yang mampu melakukan serangan dalam air.
![Singapura terima kapal selam pertama kelas Invincible Singapura terima kapal selam pertama kelas Invincible](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689925035_kapalselam.jpg)
Singapura terima kapal selam pertama kelas Invincible
Tentera Laut Singapura pada Khamis menerima satu daripada empat kapal selam kelas Invincible, Impeccable di Pangkalan Tentera Laut Changi.
![Tragedi Titan: CEO abai amaran tahap keselamatan kapal selam Tragedi Titan: CEO abai amaran tahap keselamatan kapal selam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687563861_TBTITANsubmarine.jpg)
Tragedi Titan: CEO abai amaran tahap keselamatan kapal selam
Pakar penyelidikan laut dalam pernah berbincang mengenai keupayaan Titan menyertai ekspedisi laut dalam dengan CEO OceanGate yang juga mangsa tragedi itu.
![Tragedi kapal selam Titan: Ini fakta dan kronologi kejadian yang perlu anda tahu Tragedi kapal selam Titan: Ini fakta dan kronologi kejadian yang perlu anda tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687470498_FiveOceanExplorers.jpg)
Tragedi kapal selam Titan: Ini fakta dan kronologi kejadian yang perlu anda tahu
Semua lima mangsa yang berada dalam kapal selam itu disahkan maut sekali gus menamatkan operasi pencarian yang berlanjutan selama lima hari.
![Kapal selam Titan meletup berhampiran Titanic, lima penumpang disahkan meninggal dunia Kapal selam Titan meletup berhampiran Titanic, lima penumpang disahkan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687470522_FiveOceanExplorers.jpg)
Kapal selam Titan meletup berhampiran Titanic, lima penumpang disahkan meninggal dunia
Serpihan kapal selam itu yang ditemui berhampiran Titanic menjadi petunjuk Titan telah berakhir di Laut Atlantik.
![Pencarian Kapal Selam: Peronda Pantai AS temukan serpihan berhampiran Titanic Pencarian Kapal Selam: Peronda Pantai AS temukan serpihan berhampiran Titanic](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687453626_TBTheTitansubmersi.jpg)
Pencarian Kapal Selam: Peronda Pantai AS temukan serpihan berhampiran Titanic
Peronda Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard) menemukan serpihan berhampiran Titanic dalam kawasan pencarian kapal selam yang hilang dengan lima orang di dalamnya.