SUNGAI PETANI: Tidak selesa akibat ruang solat yang sempit menyebabkan jemaah Kariah Taman Kelisa Ria, di sini terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri lalu di atas jalan tar.
Setiausaha Jawatankuasa Masjid Taman Kelisa Ria, Basri Wahab berkata, kehadiran jemaah di luar jangkaan dan tidak menyangka solat dilakukan sehingga di kawasan luar pagar surau.
Menurutnya, situasi itu membuktikan keperluan mendesak agar sebuah masjid lebih luas dan selesa diperlukan bagi menampung keperluan jemaah yang semakin ramai.
"Surau yang memuatkan lebih kurang 500 jemaah itu dibina kira-kira 20 tahun lalu, kini sudah tidak mampu menampung kapasiti jemaah yang bertambah terutama ketika menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha.
"Masa hari raya baru ini, tak sangka ada ramai yang terpaksa berpanas dan solat atas jalan di depan rumah penduduk sebab dalam surau dah penuh," katanya.
Menurut Basri, bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.
Selain itu, katanya, ruang surau yang terhad juga dijadikan kelas KAFA membabitkan kira-kira 400 murid termasuk sesi pagi dan petang.
"Kelas KAFA juga sempit, tiada ruang atau bilik kelas khas kerana menumpang ruang surau sedia ada," katanya.
Disebabkan itu, satu jawatankuasa dibentuk di mana perancangan membangunkan masjid telah dilakukan secara serius pada 2018 dengan dana permulaan yang dikumpul ketika itu sebanyak RM1.8 juta.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Kelisa Ria, Abd Samad Asmawi melahirkan kesyukuran kerana kini kerja-kerja pembinaan masjid sedang dilaksanakan bersebelahan surau sedia ada, namun masih mempunyai kekangan di mana dana yang diperlukan masih belum mencukupi.
Menurutnya, walaupun tertangguh beberapa kali akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain penularan COVID-19, masjid dijadualkan siap pada Oktober 2024.
"Mengikut perkembangan pembinaan, kita sudah membuat bayaran lebih kurang RM3 juta kepada pihak kontraktor dan masih memerlukan lebih RM4 juta berikutan kenaikan kos barang pembinaan.
"Kami merayu orang ramai, para dermawan atau syarikat korporat agar sama-sama menyumbang bagi membolehkan masjid dibina mengikut masa ditetapkan," katanya.
Masjid yang dijangka mampu memuatkan kira-kira 1,400 jemaah akan dilengkapi dengan ruang solat, pagar, tandas, termasuk kaki lima dan landskap itu diyakini mampu memberi keselesaan buat semua anak kariah untuk beribadat dan melaksanakan aktiviti keagamaan lain. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 06 2023

Basri (kiri) dan Abd Samad di hadapan Masjid Taman Kelisa Ria, Sungai Petani yang kini sedang dalam pembinaan. - Foto Sinar Harian

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.