PUTRAJAYA: Ruang udara Putrajaya akan ditutup selama 60 minit mulai esok (26 Ogos) hingga 31 Ogos bagi memberi laluan kepada persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan badan itu telah mengeluarkan nasihat menerusi Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) berhubung perubahan sementara kawalan ruang udara dan pengurusan trafik udara di dalam dan ruang udara sekitar Kuala Lumpur.
Menurut CAAM, nasihat itu dihebahkan memandangkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 2023 sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan ke-66 yang akan diadakan di Putrajaya, pada 31 Ogos ini.
"Objektif perubahan ini adalah untuk memastikan aliran trafik udara yang selamat, teratur dan pantas sebelum, semasa dan selepas acara lintas hormat dan payung terjun dengan mengambil kira peningkatan jumlah pergerakan dan pengendalian khas yang diperlukan sepanjang acara sambutan ini," menurut kenyataan itu.
Ruang udara Putrajaya akan ditutup dari 11 pagi hingga 12 tengah hari dari 26 Ogos hingga 28 Ogos untuk latihan penerbangan lintas hormat dan masnig-masing dari 9.45 pagi hingga 10.45 pagi pada 29 Ogos dan 31 Ogos, untuk raptai penuh serta perarakan sambutan hari sebenar.
Memandangkan banyak penerbangan dijangka tiba dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus sebelum dan selepas penutupan ruang udara dalam Kawasan Terminal Kawalan Kuala Lumpur (TMA), pengendali syarikat penerbangan dinasihatkan untuk merancang penerbangan mereka untuk mendarat atau berlepas dengan baik sama ada sebelum atau selepas penutupan untuk mengelakkan kelewatan.
"Pengendali pesawat juga dinasihatkan untuk mengambil kira kemungkinan berlaku kelewatan ketibaan ke KLIA atau klia2 selepas penutupan dan merancang bahan api yang mencukupi sekiranya penangguhan perlu dilaksanakan," menurut CAAM.
Sementara itu, CAAM memaklumkan memandangkan operasi helikopter dan aktiviti payung terjun akan dilaksanakan mulai hari ini (25 Ogos) hingga 31 Ogos dari 7.45 pagi hingga 8.55 pagi setiap hari, operasi KLIA dan klia2 berjalan biasa sepanjang tempoh tersebut.
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 akan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos ini dengan tema 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 akan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos ini dengan tema 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan. - Foto fail
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tentera Laut Diraja Britain pantau kapal Rusia - Kementerian Pertahanan UK
Moscow menegaskan semua penerbangan pesawat Angkatan Aeroangkasa Rusia dilakukan dengan mematuhi peraturan ruang udara antarabangsa.

Lubnan kemuka aduan terhadap Israel ceroboh ruang udara
Lubnan mengemukakan aduan kepada UNSC selepas pesawat perang Israel melanggar batasan bunyi (sound barrier) di beberapa kawasan termasuk Beirut.

Persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024, ruang udara Putrajaya ditutup 60 minit
Ruang udara Putrajaya akan ditutup selama 60 minit setiap hari mulai 26-29 Ogos dan 31 Ogos bagi memberi laluan kepada persiapan serta sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.

Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.

Rusia-China hantar jet pejuang, Korea Selatan 'tinjau'
Walaupun pencerobohan ke dalam zon KADIZ, tentera berkata pesawat itu tidak melanggar ruang udara wilayah Korea Selatan.

Ruang udara Putrajaya ditutup sementara mulai 26 Ogos
Ruang udara Putrajaya akan ditutup selama 60 minit mulai esok hingga 31 Ogos bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Pergolakan di Niger: Pesawat bawa 87 warga asing mendarat di Itali
Sebuah penerbangan yang membawa keluar berpuluh-puluh warga asing dari Niger mendarat di Rom pada pagi Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Menteri Luar Itali Antonio Tajani.

Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 31 Julai
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.

Ruang udara Langkawi ditutup bermula esok, pengoperasian dron dilarang
Larangan pengoperasian dron antara lain adalah untuk memastikan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pesawat.