KUALA LUMPUR: Kumpulan R&B terkenal, Ruffedge bakal menggegarkan konsert jelajah berskala besar, Ruffera ‘That Moment In Time’ bermula Jun hingga Ogos depan.
Bakal membawakan lagu-lagu hits antaranya Bila Rindu, Khayalan, Lemas dan beberapa lagu menerusi album terbaharu, Ruffedge menjanjikan persembahan yang bakal diingati penonton.
Anggota kumpulan Ruffedge, Azan memaklumkan persiapan sedang giat dilakukan memandangkan konsert bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Sebagai anggota berkumpulan, menjadi rutin kami untuk berkumpul dan berlatih bersama.
“Bagi kami ini penting untuk mengekalkan chemistry untuk elak rasa ‘off’ terutama ketika berada di pentas. Jadi sebagai ahli kumpulan, rutin ini normal basis,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert Ruffera ‘That Moment In Time’ di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tunku Bainun, Taman Tun Dr Ismail pada Rabu.
Tambah Azan, dia bersama anggota lain termasuk Cat, Mode, Sein dan Zain memohon doa peminat agar mereka diberi kesihatan sempurna menjelang konsert.
“Kalau konsery big scale kita tak boleh rasa selesa, kita tetap akan buat latihan sebaik mungkin. Doakan kita sihat sebelum konsert.
“Latihan giat dilakukan di studio demi memberikan kepuasan maksimal untuk peminat yang hadir nanti,” katanya.
Lebih istimewa, konsert jelajah ini bakal memulakan persembahan di Singapura pada 10 Jun depan.
Tiket konsert jelajah berdurasi dua jam yang dibawakan oleh YOLO Malaysia akan mula dijual bermula 20 April ini.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sosial YOLO Malaysia dan Ruffedge atau yoloasia.com.
Faida Rahim
Wed Apr 12 2023

Kumpulan R&B terkenal, Ruffedge bakal menggegarkan konsert jelajah berskala besar, Ruffera That Moment In Time bermula Jun hingga Ogos depan. - Astro AWANI

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.

Ruffedge kerap kumpul bersama sebelum konsert Ruffera 'That Moment In Time'
Ruffedge bakal menggegarkan konsert jelajah berskala besar, Ruffera 'That Moment In Time' bermula Jun hingga Ogos depan.

Banyak kali dipelawa sertai Gegar Vaganza, Ruffedge beri peluang artis lain buat 'come back'
Ruffedge belum memerlukan platfrom tersebut memandangkan masih mempunyai kelompok peminat yang kuat sekiranya ingin membuat kemunculan semula.

TMSM: Reno tersingkir, siapa bakal ke pentas akhir?
Siapa pilihan anda untuk mara ke pentas akhir.

Konsert ulang tahun ke-20 Ruffedge di Singapura!
Kumpulan R&B popular Ruffedge akan mengadakan konsert Ruffedge 20th Anniversary di Singapura sempena meraikan tahun ke-20 penglibatan mereka dalam industri muzik.

Ini 10 perkara menarik tentang konsert ulang tahun Ruffedge
Setelah lebih 10 tahun membawa haluan masing-masing, akhirnya kumpulan R&B dan soul kegemaran ramai, Ruffedge muncul dengan Konsert Ulang Tahun Ke-20 Ruffedge yang berlangsung di KL Live, malam tadi.

Selepas 10 tahun menyepi, Ruffedge tampil dengan single baru
Selepas 10 tahun menyepi tanpa karya terbaru, akhirnya Ruffedge kembali mewarnai arena muzik tempatan dengan single terbaru berjudul Seperti Mereka.

1,400 tiket konsert Ruffedge habis terjual dalam dua jam, Cat Farish hampir menangis
Penangan comeback kumpulan Ruffedge nampaknya bukan biasa-biasa apabila kira-kira 1,400 keping tiket belian awal untuk konsert mereka yang bakal berlangsung Ogos depan, habis terjual dalam dua jam.

Ruffedge kembali selepas 11 tahun
Selepas 11 tahun menyepi dan membawa haluan masing-masing, kumpulan Ruffedge kini bergabung semula untuk mengubati rindu peminat muzik tempatan.

Amer punca Ruffedge bergabung semula - Cat Farish
Anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish, menjelaskan kemunculan semula kumpulan tersebut disebabkan idea yang disuarakan oleh Amer pada 2016.

Filem aksi taruhan sulung Sein sebagai pengarah
Walaupun baru duduk di kerusi pengarah, Sein mengakui tidak gentar untuk menghasilkan filem bercorak aksi.