Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiada mangsa dilaporkan cedera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.32 petang.
Katanya, seramai tiga anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 20 kilometer dari BBP Ranau.
"Menurut komander operasi, berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut dan menyebabkan sebuah rumah inap desa rosak akibat runtuhan tersebut.
"Hujan berterusan sejak pagi dipercayai punca kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya lagi, pihak bomba kemudian melakukan pemantauan dan menasihatkan penduduk sekitar berpindah dari kawasan tersebut.
"Tiada mangsa terlibat di dalam rumah inap desa tersebut kerana semasa kejadian bukan waktu cuti dan memang tiada pelancong atau pelanggan menghuni rumah tersebut.
"Tetapi untuk keselamatan, penduduk sekitarnya dinasihatkan berpindah ke tempat selamat," katanya.
Katanya lagi, operasi ditamatkan pada jam 6.06 petang selepas memastikan keadaan selamat di lokasi kejadian. - Sinar Harian