Rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah mengakibatkan kerugian lebih RM100,000.
Mohd. Zaidi Mohd Said, 43, berkata kejadian disedari oleh ayahnya Mohd. Said Abdul Hamid, 70, yang datang ke rumahnya pukul 6 pagi hari ini.
"Ayah tinggal bersebelahan rumah saya dan dia datang ke rumah untuk melihat keadaan kediaman berikutan kami (beliau dan isteri) tiada di rumah kerana menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Kuala Lumpur.
"Dia (ayah) tengok pintu belakang rumah terbuka dan dia masuk ke dalam rumah mendapati semua bilik telah digeledah oleh penjenayah yang dipercayai lebih daripada seorang," katanya semasa ditemui di rumahnya, di sini.
Mohd Zaidi berkata sebaik dimaklumkan, beliau terus pulang ke rumah dan mendapati sebuah peti besi mengandungi barang kemas milik isterinya, tiga jongkong emas seberat 750 gram, tiga komputer riba, geran tanah dan pelbagai dokumen serta sebuah motosikal jenis Honda telah hilang.
"Selepas memeriksa saya dapati mereka (penjenayah) telah melarikan peti besi tersebut yang berada dalam bilik utama yang mengandungi pelbagai barang berharga dan sebuah motosikal milik anak saya, kesemuanya bernilai lebih RM100,000 lesap," katanya.
Mohd. Zaidi berkata penjenayah telah meninggalkan kesan tapak kaki dalam rumah dan sepasang kasut di luar rumah.
Beliau dan isteri Santanina Salleh, 41 berharap polis dapat mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu kerana pelbagai barangan yang hilang itu sangat berharga.
"Saya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan sangat berharap mereka yang memecah masuk ke rumah kami dapat ditangkap secepat mungkin," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis di sini ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan.
Bernama
Sun Dec 02 2012
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk
Sebuah stesen minyak dipecah masuk selepas cermin pintu kaca premis tersebut dilastik sehingga pecah dalam kejadian di Pekan Sook di Keningau.
Kabel lampu limpah Stadium Perak dicuri, kerugian lebih RM135,000
Hampir keseluruhan kabel telah dipotong dan komponen lampu limpah telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kedai serbaneka Ebit Lew dipecah masuk, kerugian lebih RM4,000
Ustaz Ebit Lew berlapang dada terima ujian kedai serbanekanya dipecah masuk.
Rumah ketua pemuda Umno di pecah masuk
Rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah mengakibatkan kerugian lebih RM100,000