IPOH: Tanah seluas 6,143 ekar di wilayah Selarong, Mukim Pengkalan Hulu akan dibangunkan dalam memastikan pembangunan rumah mampu milik direalisasikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) kini dalam proses mendapatkan hak milik blok bagi tapak tersebut.
"Di bawah LPHP terdapat tanah di Wilayah Selarong, Mukim Pengkalan Hulu, Daerah Hulu Perak dengan keluasan 6.143 ekar yang akan dibangunkan di kawasan DUN Pengkalan Hulu.
"Setelah hak milik blok diperoleh, perjanjian usahasama dengan pemaju akan dibuat bagi pembangunan Rumah Perkampungan Tersusun (RPT)," katanya ketika menjawab soalan lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di sini pada Isnin.
Sementara itu, ketika menjawab soalan lisan berhubung keluasan yang dimiliki oleh agensi di bawah kerajaan negeri di Pengkalan Hulu yang telah dibangunkan, Nolee Ashilin memperincikan langkah yang diambil bagi memberi manfaat kepada rakyat di kawasan berkenaan.
Katanya, tanah LPHP di wilayah Nenering masih belum dapat dibangunkan kerana tanah tersebut sedang diusahakan oleh peserta projek berkelompok tanaman sayuran di bawah seliaan Pejabat Pertanian Kawasan Pengkalan Hulu.
"Sehubungan itu, LPHP telah memutuskan untuk melulus dan membenarkan peserta projek berkelompok tanaman sayuran tersebut untuk meneruskan aktiviti pertanian dalam tempoh tiga tahun.
"Dengan dikenakan kadar bayaran yang sama dengan Lesen Menduduki Sementara (LMS), sebelum diambil semula oleh LPHP untuk tujuan pembangunan perumahan," katanya lagi.
Dalam pada itu, ketika menjawab soalan tambahan sama ada terdapat kolaborasi LPHP dengan agensi lain sebelum ini, beliau menjelaskan, perkara itu sudah pun dilaksanakan demi pembangunan negeri.
"LPHP tiada masalah untuk bekerjasama dengan agensi lain, setakat ini kita telah bekerjasama dengan MB Inc. dan banyak lagi.
"Dalam perancangan kami pun dari tahun 2021, saya rasa lebih kurang 12,000 rumah telah pun dalam proses pembangunan bersama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Keseluruhannya hampir mencecah 21,000 (rumah) dalam peracangan yang telah siap bagi tempoh tahun 2023, jika ada yang berminat untuk bekerjasama, kita alu-alukan menerusi LPHP," katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai syarat tambahan yang dikenakan bagi urusan pindah milik rumah kos rendah, beliau berkata, tindakan itu dibuat bagi mengelakkan salah guna dalam perkara itu.
"Kita tidak mahu ada 'abuse' (salah guna) berkenaan dengan pindah milik rumah kos rendah yang sudah disubsidi dengan harga yang begitu tinggi.
"Ada kebanyakan kes ia (rumah) jual dengan harga jauh lebih mahal daripada itu, menyebabkan golongan B40 yang sepatutnya miliki perumahan itu pada asalnya, tidak mampu atau terlepas untuk milikinya," katanya lagi.
Aida Aziz
Mon Jul 18 2022

Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) kini dalam proses mendapatkan hak milik blok bagi tapak tersebut.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Malaysia menerajui ASEAN dalam aspek perumahan mampu milik - Juwai IQI
Malaysia membelanjakan jumlah yang besar, iaitu memperuntukkan RM2.85 bilion untuk perumahan mampu milik setiap tahun.

Pulau Pinang perkenal rumah mampu milik 'town house' pertama
Projek ini melibatkan pembinaan 664 unit RMM di atas tanah seluas 10 hektar dengan harga maksimum RM250,000 seunit, dijangka siap pada 2028.

CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.

Pelaksanaan rumah mampu milik di bawah RMK12 capai 89 peratus
Sasaran penyediaan 500,000 RMM di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kini hanya berbaki 56,741 unit rumah.

170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.

Belanjawan 2025: Ini langkah kerajaan tingkat kesejahteraan penduduk rumah mampu milik
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.

Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.

Perak komited tangani masalah projek perumahan terbengkalai, sedia lebih banyak rumah mampu milik
Kerajaan negeri Perak komited menangani isu projek perumahan terbengkalai melalui Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Sakit dan Pemulihan Projek Terbengkalai (JKPSPT).

Melaka komited teruskan agenda pembangunan rumah mampu milik
Kerajaan Melaka komited meneruskan agenda pembangunan rumah mampu milik (RMM) sekali gus mengekalkan status negeri yang menyediakan harga rumah terendah dan mampu dimiliki untuk rakyatnya.

Belanjawan 2025: Belia harap isu rumah mampu milik, kesihatan mental jadi perhatian
Golongan belia berharap isu perumahan, insentif lain melibatkan kesihatan mental dapat diangkat dalam Belanjawan 2025.