KUALA NERUS: Rumah Pangsa Mampu Milik Pulau Redang dekat sini, siap selepas lebih 10 tahun pembinaan dan sudah diagihkan kepada pemiliknya hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembinaan rumah mampu milik berkenaan yang dimulakan oleh kerajaan terdahulu pada April 2012 itu siap dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM28 juta.
Menurutnya, pembinaan projek rumah berkenaan mengambil masa yang sangat lama disebabkan pelbagai faktor termasuk kewangan, kontraktor, serta tergendala susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.
"Perumahan ini mempunyai empat blok rumah setinggi lima tingkat dengan setiap unit seluas 750 kaki persegi pada awalnya, ikut spesifikasi lama, tapi kerajaan negeri tambah baik jadi 800 kaki persegi.
"Kita harap rumah ini dapat memberi keselesaan kepada penduduk yang selama ini terpaksa bersesak sehingga tiga atau empat keluarga di dalam satu rumah," katanya selepas ditemui pemberita pada majlis penyerahan kunci projek rumah berkenaan dekat sini, hari ini.
Menurut Ahmad Samsuri, projek berkenaan menjadi satu daripada keutamaan kerajaan negeri apabila mula mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2018.
Katanya, disebabkan faktor tanah yang terhad, tidak seperti di tanah besar, konsep rumah pangsa dipilih kerana lebih ekonomi dan sesuai dibina di pulau berkenaan.
Sementara itu, seorang penerima rumah, Shaviri Shafee, 38, melahirkan rasa syukur kerana hasrat untuk mempunyai rumah sendiri akhirnya termakbul setelah dia, isteri dan tiga anaknya menumpang di rumah keluarga yang turut dihuni ibu serta tiga adik-beradik lain yang sudah berumah tangga.
"Walaupun tidak selesa, sebagai pekerja di sebuah resort di Pulau Redang terpaksa bertahan kerana tidak mempunyai pilihan lain. Bayangkan 12 orang di dalam satu rumah yang cuma ada tiga bilik.
"Saya juga kasihankan isteri kerana sepanjang masa terpaksa bertudung demi menjaga auratnya," katanya ketika ditemui pada majlis sama yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Dr Alias Razak.
Seorang lagi penerima, Alhamad Arif Ahmad Zuki, 27, berkata dia dan isteri, Nor Amira Maulad, 27, mempunyai pelbagai perancangan untuk menghias rumah baharu mereka yang akan didiami bersama dua cahaya mata.
"Sebelum ini kami tinggal serumah dengan ibu bapa, seorang adik dan ibu saudara bersama tiga anaknya yang sudah besar. Memang tidak selesa dan selalu juga timbul banyak masalah kerana ramai orang ramailah ragamnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
![Rumah pangsa di Pulau Redang siap selepas lebih 10 tahun Rumah pangsa di Pulau Redang siap selepas lebih 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664187087_TBRUMAHREDANG.jpg)
Pembinaan rumah mampu milik berkenaan yang dimulakan oleh kerajaan terdahulu pada April 2012 itu siap dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM28 juta. - Bernama
![PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738986112_tbSesimenembakPLKN.jpg)
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
![PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738986604_TBSesimenembakPLKN.jpg)
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
![Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638418417_HIV.jpg)
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
![Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737685406_TBimigresen.jpg)
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
![Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735195919_wismaputra.jpg)
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
![Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738980809_DBKLDatukSeriDr.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
!['Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang 'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738978832_sultanpahangsambu.jpg)
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
#Ringkas 8 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 Februari 2025
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
![Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735374325_RusdiMohdIsa.jpg)
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
![Insinerator dijangka atasi masalah sampah di Pulau Redang - MB Insinerator dijangka atasi masalah sampah di Pulau Redang - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696832065_sampah.jpg)
Insinerator dijangka atasi masalah sampah di Pulau Redang - MB
Kerajaan negeri Terengganu akan menggunakan teknologi insinerator bagi mengatasi masalah longgokan sampah di Pulau Redang.
![Penduduk terawal di Pulau Redang dapat MyKad baharu Penduduk terawal di Pulau Redang dapat MyKad baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696727408_MyKad.jpg)
Penduduk terawal di Pulau Redang dapat MyKad baharu
Seorang warga emas menerima kad pengenalan (MyKad) baharu menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar).
![Oceanman Pulau Redang kembali semula pada 26-27 Ogos Oceanman Pulau Redang kembali semula pada 26-27 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688831413_TBOCEANMAN.jpg)
Oceanman Pulau Redang kembali semula pada 26-27 Ogos
Setakat ini acara itu telah menerima lebih 400 penyertaan daripada pelbagai negara dan angka penyertaan dijangka terus meningkat.
![Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684625250_BotAmbulansKlinik.jpg)
Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.
![Bomba Terengganu kenal pasti tanah untuk bina balai di pulau Bomba Terengganu kenal pasti tanah untuk bina balai di pulau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678120042_JBPMTerengganu.jpg)
Bomba Terengganu kenal pasti tanah untuk bina balai di pulau
Permohonan dihantar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan Besut bagi mendapatkan kelulusan serta menguruskan prosedur berkaitan.
![Pulau Redang, Pulau Perhentian bakal nikmati elektrik 24 jam Pulau Redang, Pulau Perhentian bakal nikmati elektrik 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662776302_TBpelancongan.jpg)
Pulau Redang, Pulau Perhentian bakal nikmati elektrik 24 jam
Projek Pulau Tenaga Hijau itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada tahun 2025 bagi memberi kemudahan kepada penduduk di sana.
![Alumni UPSI pecah rekod Malaysia, bina struktur terumbu glob terbesar dasar laut Alumni UPSI pecah rekod Malaysia, bina struktur terumbu glob terbesar dasar laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663637181_TBupsi.jpg)
Alumni UPSI pecah rekod Malaysia, bina struktur terumbu glob terbesar dasar laut
Struktur terumbu glob itu mempunyai ketinggian tiga meter dengan berat melebihi 1 tan serta kedalaman 11 meter.
![Mayat keempat tragedi bot nelayan karam ditemukan Mayat keempat tragedi bot nelayan karam ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660340017_SARMaritim.jpg)
Mayat keempat tragedi bot nelayan karam ditemukan
Satu lagi mayat yang merupakan mangsa tragedi bot nelayan karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan hari ini.
![Bot karam di Redang: Mayat tiga nelayan hilang ditemui Bot karam di Redang: Mayat tiga nelayan hilang ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660130893_TBREDANGLEMAS.jpg)
Bot karam di Redang: Mayat tiga nelayan hilang ditemui
Tiga nelayan yang hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang kelmarin, ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas, hari ini.
![Bot karam di Redang: 'Tak sangka hanya jumpa jenazah adik' Bot karam di Redang: 'Tak sangka hanya jumpa jenazah adik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660125125_TBbotnelayan.jpg)
Bot karam di Redang: 'Tak sangka hanya jumpa jenazah adik'
Difahamkan, setakat ini tiga daripada lima mangsa telah ditemui.