Kegiatan satu sarang pelacuran yang berselindung di sebalik premis pusat urut dan refleksologi di Jalan Raja Ekram, dekat sini, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa pada petang Khamis.
Dalam serbuan kira-kira pukul enam petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) IPK Perak itu, seramai 15 pelacur warga asing yang terdiri kebanyakan dari China dan tiga lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis turut ditahan.
Serbuan ke atas hotel itu juga mendapati kesemua pelayan khidmat seks itu berusia di antara 30 hingga 40 tahun dan dua pelanggan tempatan turut ditahan.
Ketua Operasinya, Pegawai Turus D7 IPK Perak, DSP Mohd Shajidan Abd Shukor memberitahu, siasatan mendapati premis itu turut menawarkan pakej “khusus” yang melibatkan makan minum serta perkhidmatan spa dan sauna istimewa.
“Pemiliknya mendakwa menjalankan kegiatan urut tetapi polis menemukan bukti daripada hasil penyamaran bahawa mereka menawarkan khidmat seks kepada pelanggan pada harga RM210 setiap sesi.
Antaranya penemuan sejumlah kondom di dalam setor dan penawaran khidmat urutan badan ke badan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat spa itu selepas serbuan.
Shajidan berkata penemuan sarang pelacuran itu adalah hasil risikan selama beberapa minggu dan dipercayai telah beroperasi selama dua tahun.
“Kami percaya serbuan ini akan membawa kepada lebih banyak penemuan sindiket pelacuran di sekitar Ipoh dan modus operandi mereka juga telah dikenalpasti.
“Malah, ada di antara pelanggan juga yang sanggup membayar lebih untuk membawa pelacur itu untuk ke bilik hotel dan ini merupakan taktik mereka, menginap di hotel untuk mengelakkan tertangkap,”katanya lagi.
Tidak cukup dengan penyamaran itu, pelanggan juga akan “disajikan” dengan beberapa video lucah bertujuan untuk menaikkan nafsu syahwat mereka sebelum sesi seterusnya.
Shajidan memberitahu, kegiatan seks ditawarkan terus kepada pelanggan tetap dan dijalankan dalam beberapa buah bilik kecil yang disediakan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan bagi maksud pelacuran dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan iaitu pengawalan premis-premis pelacuran,”katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Jan 25 2018
Serbuan ke atas hotel itu juga mendapati kesemua pelayan khidmat seks itu berusia di antara 30 hingga 40 tahun dan dua pelanggan tempatan turut ditahan. - Foto Astro AWANI / Nazialita Geynna Maharan
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Polis sahkan dua lelaki terbabit sumbah cat di KK Mart UM
Polis mengesahkan dua individu terbabit dalam insiden simbah cat di kedai serbaneka KK Mart cawangan Universiti Malaya (UM) yang terpalit kontroversi menjual sandwic 'ham & cheese'.
'Rumah persundalan' di Ipoh tawar pakej 'khusus' lengkap dengan makan dan minum
Kegiatan satu sarang pelacuran yang berselindung di sebalik premis pusat urut dan refleksologi terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa.