PEKAN: "Sudah 15 tahun saya bersama suami serta tiga orang anak menumpang tinggal di rumah emak. Kini kami sekeluarga mampu mengukir senyuman selepas impian untuk memiliki kediaman sendiri menjadi kenyataan.
Demikian kata Nor Mardiha Abdul Basir, 43, yang tinggal di Kampung Ganchong, di sini apabila menerima sebuah rumah secara percuma menerusi Rumah Rakyat Pahang (RRP) oleh Kerajaan Negeri.
Menurutnya, pemberian rumah terbabit memberikan cahaya buat mereka sekeluarga bagi mengatur hidup dengan lebih baik khususnya bagi membesarkan anak-anak.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dapat miliki kediaman sendiri sebab kalau nak beli atau bina sendiri rumah memang sukar. Jadi bila dimaklumkan menerima RRP ini saya sekeluarga berasa sangat gembira.
“Terima kasih kepada Kerajaan Pahang khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menyediakan rumah percuma untuk rakyat di Negeri Pahang,” katanya.
Nor Mardiha berkata demikian selepas penyerahan kunci rumah RRP oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud di kediaman baharunya di Kampung Ganchong, di sini pada Khamis.
Sempena majlis itu juga, Nor Mardiha turut menerima sumbangan peralatan barangan elektrik bernilai RM2,000 daripada Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.
Kerajaan Pahang telah memperkenalkan RRP pada tahun 2020 dengan 98 buah rumah diberikan secara percuma kepada rakyat yang kurang bernasib baik di negeri ini.
Bagi tahun ini pula jumlah penerima bertambah kepada 266 penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM19.95 juta yang mana kos pembinaan setiap rumah telah dinaikkan kepada RM75,000 ekoran kenaikan harga bahan binaan semasa.
Norfarhiza Mohd Atar
Fri Jul 29 2022

Nor Mardiha turut menerima sumbangan peralatan barangan elektrik bernilai RM2,000 daripada Pejabat Daerah dan Tanah Pekan. -Astro AWANI

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.

Rumah Rakyat Pahang: 15 tahun hidup menumpang, kini lega miliki kediaman sendiri
Nor Mardiha turut menerima sumbangan peralatan barangan elektrik bernilai RM2,000 daripada Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.