BINTULU: Rumah Raymond Plen yang terletak di Sebauh, kira-kira 44 kilometer dari Bintulu, memiliki sejarah tersendiri apabila rumah panjang kaum Iban itu pernah dikunjungi oleh dua Perdana Menteri sebelum ini.
Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga menjadi pemimpin negara pertama yang pernah menjejakkan kaki di rumah panjang itu pada 1979, diikuti Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015, kata Raymond Plen, 56, tuai rumah atau ketua rumah panjang itu.
"Hari ini satu lagi sejarah dilakar untuk Rumah Raymond apabila Yang di-Pertuan Agong berkenan melawat kami, ini adalah pertama kali Agong ke rumah kami," katanya kepada Bernama.
Rumah sepanjang 53 pintu dengan 780 penduduk itu menjadi destinasi persinggahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena konvoi Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari kesembilan hari ini.
Raymond berkata walaupun pada asalnya rumah panjang tersebut merupakan rumah kaum Iban, setelah lima generasi, penghuninya kini terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama.
"Rumah panjang ini sudah berada di sini lama dan saya adalah generasi kelima daripada nenek moyang kami dulu. Rumah yang asal telah hangus dalam kebakaran pada 1980-an dan dibina semula hingga sekarang sudah lebih 40 tahun.
"Walaupun ini rumah panjang Iban, perkahwinan campur banyak berlaku, jadi rumah kami ini sekarang ada juga orang Melayu Islam, orang India malah orang putih (barat) yang duduk di sini," katanya.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di rumah panjang itu telah disambut dengan persembahan tarian kebudayaan oleh Kelab Gagung Sarawak yang memperagakan pakaian tradisional pahlawan Iban.
Pasangan diraja itu kemudiannya turut berkenan menyertai aktiviti memasak, memancing serta pengurniaan sumbangan bantuan kepada asnaf.
Turut hadir Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tiga, kanan) berkenan memancing di jeti Rumah Raymond Plen di Sebauh hari ini. - Foto Bernama
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat
Rumah Raymond Plen yang terletak di Sebauh memiliki sejarah tersendiri apabila rumah panjang kaum Iban itu pernah dikunjungi oleh dua Perdana Menteri sebelum ini.