KUCHING: Rundingan antara Sarawak dan kerajaan Persekutuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengeluarkan terma "pelancongan" daripada Senarai Persekutuan ke Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan, masih berlangsung.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi memasukkan perkara pelancongan.
"Kementerian saya akan giat meneruskan cadangan bagi meminda Perkara 25A Perlembagaan Persekutuan itu.
"Kami akan bekerjasama dengan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri - Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Jabatan Peguam Besar Sarawak bagi memastikan Sarawak mendapat hak dan kedudukan istimewa berkaitan urusan pelancongan seperti yang dipersetujui di bawah MA63," katanya.
Abdul Karim berkata demikian ketika menggulung perbahasan kementerian beliau pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.
Pada 9 Mei lepas, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Sebastian Ting Chiew Yew berkata, kerajaan negeri giat mengusulkan hal berkenaan kepada kerajaan Pusat bagi mengeluarkan "pelancongan" daripada Perkara 25A (Pelancongan) dalam Senarai I (Senarai Persekutuan) kepada Senarai III (Senarai Bersama) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Ting berkata, pada asalnya, terma "pelancongan" tiada dalam mana-mana senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, bagaimanapun pada 1994, perkataan itu dimasukkan ke Senarai Persekutuan jadual berkenaan oleh Akta A885 dan mula berkuat kuasa pada 26 Jun 1994.
Sementara itu, Abdul Karim berkata, bagi 2024, kementerian itu mengunjurkan kedatangan empat juta pelawat dengan anggaran pendapatan pelancongan sebanyak RM10.19 bilion.
"Dari Januari hingga April tahun ini, Sarawak merekodkan kedatangan 1.62 juta pelancong dan menjana kira-kira RM4.17 bilion resit pelancongan.
"Kementerian meramalkan industri pelancongan akan terus pulih sepanjang 2024 apabila pelawat dalam dan luar negeri kembali. Menjelang hujung tahun ini, industri dijangka mencapai kira-kira 90 peratus daripada tahap prapandemik," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024
![Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Menurut Abdul Karim, rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi memasukkan perkara pelancongan. - Gambar fail Bernama
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
![Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 berlangsung di Kuching Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 berlangsung di Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719396205_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 berlangsung di Kuching
Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 diadakan di bandar raya Kuching selaku penganjur bersama temasya sukan itu.
![Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722596797_PadangKriket.jpg)
Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim
Buat masa ini padang tersebut tidak mempunyai kemudahan asas seperti bilik persalinan pemain dan tempat duduk penonton.
![Keputusan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal diketahui bulan ini - Abdul Karim Keputusan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal diketahui bulan ini - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
Keputusan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal diketahui bulan ini - Abdul Karim
Keputusan pemohonan Sarawak untuk menyenaraikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO , bakal diketahui hujung bulan ini.
![MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719396205_AbdulKarimRahmanH.jpg)
MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim
Sarawak mahu penjelasan daripada kerajaan Persekutuan mengenai penurunan 'kuasa' yang melibatkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
![Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719116158_tbSUKMA.jpg)
Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching
Larian itu sebelum ini melalui Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian dan Samarahan.
![Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik - Abdul Karim Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik - Abdul Karim
Tanggungjawab untuk pembangunan bakat sukan tidak sepatutnya diserahkan bulat-bulat kepada Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan.
![Pertimbang keputusan henti permohonan MM2H di Sabah dan Sarawak Pertimbang keputusan henti permohonan MM2H di Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717080800_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Pertimbang keputusan henti permohonan MM2H di Sabah dan Sarawak
MOTAC dimohon agar mempertimbangkan keputusan menghentikan operasi permohonanan program MM2H yang bakal menjejaskan sektor pelancongan khususnya di Sabah dan Sarawak.
![Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717191521_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif
Perkara itu hasil beberapa mesyuarat yang diadakan setakat ini dengan Kerajaan Persekutuan.
![Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
![Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714044624_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.