BANGKOK: Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin mengadakan kunjungan hormat ke atas Jeneral Wanlop Rugsanaoh yang mengetuai Panel Dialog Keamanan bagi Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) pada Jumaat.
Ini merupakan pertemuan kali pertama antara kedua-dua pemimpin selepas Zulkifli dilantik sebagai Ketua Fasilitator Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai di Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Jan tahun ini.
Sekretariat PEDP dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa dalam pertemuan itu, Wanlop dan Zulkifli membincangkan isu berkaitan proses damai di selatan Thailand.
"Wanlop berkata Pelan Komprehensif Bersama Ke Arah Keamanan akan dibincangkan dalam pertemuan akan datang bagi pelaksanaan dalam mengurangkan konfrontasi dan keganasan, mendapatkan perundingan awam dan mencari penyelesaian politik.
"Ketua fasilitator Malaysia juga memaklumkan bahawa rundingan damai pusingan keenam akan berlangsung pada 21 dan 22 Februari di Kuala Lumpur buat sementara waktu," katanya.
Malaysia merupakan fasilitator bagi proses rundingan damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun yang memuncak pada Januari 2004 di wilayah selatan di Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla.
Zulkifli dilantik sebagai ketua fasilitator Malaysia yang baharu, menggantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor yang tamat perkhidmatannya pada 31 Dis 2022.
Rundingan antara kerajaan dan pemberontak bermula pada 2013 tetapi terhenti berikutan rampasan kuasa tentera di Thailand setahun kemudian.
Rundingan kemudian diteruskan tanpa membabitkan parti utama termasuk Barisan Revolusi Nasional (BRN).
Bagaimanapun, rundingan antara kerajaan Thailand dan BRN disambung semula pada 2019 yang menyaksikan kemajuan konkrit dan ketara dicapai, serta meningkatkan harapan agar keganasan di wilayah selatan Thailand dapat dihentikan.
Statistik kumpulan pemantau bebas Deep South Watch mendedahkan serangan keganasan yang berterusan di selatan Thailand, bermula pada 2004 di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla - yang telah meragut lebih 7,000 nyawa setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023
Zulkifli dilantik sebagai ketua fasilitator Malaysia yang baharu, menggantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor yang tamat perkhidmatannya pada 31 Dis 2022. - Foto PEDP
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Arteta tak kisah sindiran 'stay humble' Haaland
Arteta turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Pep Guardiola tetap positif.
Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Lata Tebing Tinggi, Selama pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 4.53 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 14 minit kemudian.
Trump arah serangan udara di Somalia, sasar anggota ISIS
Penilaian awal menunjukkan beberapa anggota ISISI terbunuh, tanpa sebarang kecederaan terhadap penduduk awam.
Rundingan damai Thailand: Ketua fasilitator Malaysia lakukan kunjungan hormat terhadap ketua perunding Thailand
Ini merupakan pertemuan kali pertama antara kedua-dua pemimpin selepas Zulkifli dilantik sebagai Ketua Fasilitator Malaysia yang baharu.