KUALA LUMPUR:Langkah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu sebelum membuat sebarang keputusan penting menggambarkan ketelitian Seri Paduka.
Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan, tiada kewajipan untuk Seri Paduka bertindak sedemikian.
"Bagaimanapun (tindakan) itu menggambarkan ketelitian baginda sebab benda (isu) ini besar dan Raja-Raja Melayu sering menggunakan pendekatan bermesyuarat dalam membuat keputusan.
"Jadi, tradisi itu diteruskan dan dalam situasi yang kita ada sekarang ini, langkah yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong itu (sangat) tepat," katanya kepada Bernama.
Muhammad Fathi merupakan Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) dan pensyarah kanan di Pusat Perdana Pengajian Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak UTM.
Istana Negara, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan Al-Sultan Abdullah akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Jelas Muhammad Fathi, sebarang keputusan melibatkan kepentingan negara tidak boleh dilakukan secara terburu-buru, sebaliknya perlu berhati-hati dan berhemah.
"Tiada kewajipan (untuk memanggil Raja-Raja Melayu), cumanya dalam Perlembagaan sebut, Yang di-Pertuan Agong boleh meminta pandangan daripada Majlis Raja-Raja untuk (melakukan) apa-apa keputusan.
"Maknanya tidak ada satu (peraturan) bawah Perkara 150 (Perlembagaan Persekutuan), mesti ada kelulusan Majlis Raja-Raja. Tetapi itu yang saya katakan tadi, tradisi Raja-Raja Melayu kita mengutamakan syura atau musyawarah dalam membuat keputusan," katanya.
BACA: Agong nasihat rakyat tenang, sabar, jangan spekulasi
Sementara itu, Pengamal Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod pula menjelaskan, keputusan Al-Sultan Abdullah mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu merupakan amalan biasa terutamanya dalam sesuatu perkara yang melibatkan implikasi besar kepada negara.
Katanya, tindakan itu juga selari dengan amalan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan negara.
"Majlis Raja-Raja Melayu yang melantik Yang di-Pertuan Agong, jadi seharusnya Al-Sultan Abdullah merujuk majlis tersebut dalam (membuat keputusan) isu penting ini," katanya.
Mengulas mengenai kemungkinan perisytiharan darurat, Nik Ahmad Kamal menjelaskan, jika langkah itu diambil, Perdana Menteri dan Kabinetnya masih boleh terus berkhidmat untuk negara.
Beliau berkata, kemungkinan satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan untuk menangani keadaan darurat tersebut seperti penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 1969.
"Jika darurat itu disebabkan COVID-19, tindakan lebih ketat perlu diperkenalkan bertujuan mengawal aktiviti dan pergerakan orang ramai. Mungkin, undang-undang baharu perlu diluluskan bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan.
"Pengisytiharan darurat juga memberikan kerajaan lebih kuasa untuk mencapai objektif (mengawal COVID-19) tersebut," katanya. - BERNAMA
BACA: LAPOR LANGSUNG: Darurat? Ini perkembangan politik negara
Bernama
Sat Oct 24 2020

Langkah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu sebelum membuat sebarang keputusan penting menggambarkan ketelitian Seri Paduka. - Gambar fail BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi
Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat.

Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.

Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.

Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.

Selesema burung, California isytihar darurat
Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang.

Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa
Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastru

Peru isytihar darurat di Callao untuk banteras jenayah terancang
Peru mengisytiharkan darurat di enam daerah wilayah pantai Callao berikutan peningkatan keganasan kumpulan jenayah terancang.

Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.

Itali isytihar darurat ke atas dua wilayah dilanda banjir
Bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) diperuntukkan kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.

Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.