IPOH: Kira-kira 70 peratus pengalihan bongkah batu besar dijangka dapat diselesaikan hari ini bagi mengenal pasti kedudukan tepat dua mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands sejak Selasa.
Timbalan Komander Operasi Jabatan Bomba dan Malaysia (JBPM) Perak Aidil Adlee Che Mee berkata proses pengalihan itu bergantung kepada faktor cuaca dan pergerakan tanah.
"Kita sedang giat melakukan proses pengalihan batu itu sehingga kita dapat membuka laluan ke kedudukan terakhir dua mangsa yang tertimbus itu
"Operasi hari ini dimulakan dengan letupan pada bongkah batu dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja pengalihan di samping penilaian taktikal operasi dilakukan oleh pasukan penyelamat," katanya.
Beliau berkata operasi yang bermula sejak 8 pagi tadi dengan kekuatan seramai 62 anggota pasukan keselamatan daripada bomba, polis, Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dengan dibantu pegawai Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta pekerja kuari dalam operasi yang masuk hari kelima hari ini.
Kejadian pada 9.15 pagi Selasa lepas itu menyebabkan dua lelaki dipercayai tertimbus iaitu Kheow Loo Siew Soon, 49, dan Itam Lasoh, 43, manakala dua lagi, Mohd Razli Suhaimi, 35, mengalami patah tulang kaki serta Pan Tam, 38, hanya cedera ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022

Pasukan penyelamat berkata, proses pengalihan batu itu bergantung kepada faktor cuaca dan pergerakan tanah. - Gambar/ Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kuari runtuh: Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua berjaya dibawa keluar
Cebisan tulang dipercayai milik mangsa kedua dalam insiden runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berjaya dibawa keluar dari lokasi.

Runtuhan kuari: Bangkai jengkaut kedua ditemukan
Pasukan penyelamat hari ini menemui sebuah lagi bangkai jengkaut dalam operasi mencari mangsa terakhir yang terlibat dalam insiden runtuhan kuari di Keramat Pulai.

Runtuhan kuari: JBPM guna khidmat K9, cuba kesan seorang lagi mangsa
Bomba akan menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) bagi mencari seorang lagi pekerja kuari yang dikhuatiri masih tertimbus di tapak kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Kuari runtuh: Tunggu keputusan koroner berhubung status mangsa - Ketua Polis Perak
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata setakat ini pihaknya masih belum mendapat sebarang maklum balas berhubung perkara tersebut.

Runtuhan kuari: UTP bantu operasi pencarian dua mangsa tertimbus
Universiti Teknologi Petronas guna peralatan khas yang boleh mengesan jentera jengkaut pada kedudukan yang sukar.

Runtuhan kuari: Letupan kecil untuk pecah batu
Operasi hari ke-13 mencari mangsa masih diteruskan dengan membuat pemantauan bagi kerja-kerja pengalihan batu.

Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus
Ia hasil perbincangan JBPM bersama semua agensi yang terlibat di dalam operasi pagi ini.

Runtuhan kuari: MB Perak sangkal dakwaan abai kebajikan keluarga mangsa
Saarani menyangkal dakwaan bahawa kerajaan negeri mengabaikan bantuan kebajikan kepada keluarga dua mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kuari.

Runtuhan kuari: 'Menantu saya orang baik'
Dia bersama anaknya, Wak Uda Bah Kim yang juga isteri kepada mangsa setiap hari akan ke lokasi kejadian bagi menantikan perkembangan terkini operasi SAR Itam.

Operasi SAR runtuhan kuari guna kaedah letupan terkawal - Ketua Polis Perak
Ia bagi membersihkan laluan yang terhalang oleh bongkah batu besar, bagi mengesan kedudukan sebenar dua mangsa berkenaan.