KANGAR: Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis Rus’sele Eizan mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang baharu berkuat kuasa hari ini pada Persidangan Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15.
Usul melantik Rus’sele dikemukakan Menteri Besar Mohd Shukri Ramli dan disokong oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Belia dan Sukan, Pembangunan Sumber Manusia, Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Muhammad Azmir Azizan.
Seramai 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis turut mengangkat sumpah pada persidangan hari ini iaitu ADUN Titi Tinggi Izizam Ibrahim (Bersatu), Haziq Asyraf Dun (Pas-Beseri), Saad Seman (Pas-Chuping), Wan Badariah Wan Saad (Pas-Mata Ayer), Muhammad Azmir Azizan (Pas-Santan), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong).
Datin Marzita Mansor (Bersatu-Sena), Gan Ay Ling (PKR-Indera Kayangan), Abu Bakar Hamzah (Bersatu-Kuala Perlis), Asrul Aimran Abd Jalil (Pas-Kayang), Megat Hashirat Hassan (Bersatu-Pauh), Wan Zikri Afthar Ishak(Bersatu-Tambung Tulang), Mohd Ridzuan Hashim (Pas-Guar Sanji), Razali Saad (Pas-Simpang Empat) dan Mohd Shukri Ramli (Pas-Sanglang).
Rus’sele, 65, berkata beliau berharap semua ADUN dapat memberikan pandangan bernas dan hujah yang berintegriti sepanjang persidangan DUN selama empat hari bermula hari ini.
“Saya akan menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin atas kepercayaan yang telah diberikan bagi mengendali persidangan dewan.
“Diharapkan semua exco, ADUN dan ketua jabatan dapat bersama membangunkan negeri ini tanpa sebarang perbezaan pendapat demi merealisasikan harapan rakyat khususnya,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Perikatan Nasional (PN) memenangi 14 kerusi DUN dan satu sahaja kerusi Indera Kayangan dimenangi oleh PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022

Rus'sele mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Perlis yang baharu hari ini. - Foto BERNAMA

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Rus'sele Eizan angkat sumpah sebagai Speaker DUN Perlis yang baharu
Usul melantik Russele dikemukakan MB Mohd Shukri dan disokong Exco Muhammad Azmir Azizan.