IPOH: Polis telah merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan banduan di Penjara Taiping yang menyebabkan tiga warden cedera Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata keterangan diambil daripada lapan banduan berusia lingkungan 24 hingga 45 tahun yang dipercayai terlibat dalam rusuhan itu dan tiga warden yang cedera.
"Kita turut merakam keterangan saksi yang melihat kejadian dan doktor yang merawat warden," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata rusuhan pada 3.30 petang itu dipercayai berpunca daripada provokasi oleh seorang banduan terhadap warden yang kemudian mencetuskan pertengkaran.
Ketiga-tiga warden berusia lingkungan 27 hingga 48 tahun terbabit cuba meleraikan rusuhan di antara lapan banduan yang baru kembali ke penjara itu setelah selesai menjalani kuarantin di Pusat Koreksional Kamunting.
"Mengikut hasil siasatan, seorang banduan bertengkar dengan warden kerana tidak berpuas hati setelah ditegur kerana memprovok warden terbabit," katanya.
Mohamad Nasir berkata keadaan sudah terkawal dan insiden itu adalah rusuhan kecil manakala tindakan yang diambil adalah mengikut prosedur daripada warden.
Beliau berkata ketiga-tiga warden cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Taiping sejurus selepas insiden manakala banduan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata yang memperuntuk hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024

Rusuhan di Penjara Taiping pada Khamis itu dipercayai berpunca daripada provokasi oleh seorang banduan terhadap warden. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tahanan mati di Penjara Taiping: Polis rakam keterangan pegawai penjara, banduan
Polis setakat ini telah merakam keterangan dua pegawai Penjara Taiping serta 80 banduan berkaitan kes seorang banduan meninggal dunia dipercayai dipukul oleh warden penjara berkenaan.

Banduan bebas secara lesen harap peluang kedua ubah kehidupan
Banduan yang dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) mengharapkan peluang kedua dan berazam untuk mengubah kehidupan.

Polis sahkan OKT mati mengejut dalam tahanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak pagi Khamis.