PASUKAN bola sepak Arema FC didenda 250 juta rupiah (RM75,950) oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) susulan tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan, Malang.
Pasukan itu juga dilarang mengadakan sebarang perlawanan di bandar itu.
Sementara itu dua pegawai Arema FC digantung seumur hidup dan dilarang melakukan apa juga aktiviti berkaitan bola sepak seumur hidup.
Ia melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Arema, Abdul Haris dan seorang lagi pegawai yang bertanggungjawab terhadap perkara berkaitan keselamatan.
Tragedi pada Sabtu itu berlaku selepas pasukan Arema FC tewas 3-2 kepada Persebaya Surabaya, mencetuskan kemarahan penyokongnya yang memasuki padang untuk bersemuka dengan pemain dan pegawai pasukan itu selepas perlawanan tamat.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Bagaimanapun, keadaan bertambah tegang dengan pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata yang menyebabkan ribuan penyokong atas padang berasak-asak untuk keluar stadium melalui satu pintu sehingga berlaku rempuhan. Tidak kurang daripada 323 orang turut cedera.
Pihak keselamatan berdepan tekanan susulan penggunaan gas pemedih mata di dalam kawasan tertutup sekaligus menyalahi garis panduan stadium yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Astro Awani
Tue Oct 04 2022
![Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Arema FC didenda RM75,950 Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Arema FC didenda RM75,950](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664792092_TBaremafc.jpg)
Pemain Arema FC menabur bunga di luar Stadium Kanjuruhan bagi memperingati mangsa. - Foto fail/Kompas
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Pelakon, Siti Saleha hari ini sah menjadi isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
Langgan Astro One & menang hadiah RM200,000
Ramadan dan Syawal tahun ini lebih meriah dengan kempen "Menang Macam-Macam dengan Astro One"!
Dari 1 Februari hingga 26 April 2025, pelanggan Baharu dan pelanggan Astro sedia ada bukan sahaja menikmati hiburan berkualiti, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
Dari 1 Februari hingga 26 April 2025, pelanggan Baharu dan pelanggan Astro sedia ada bukan sahaja menikmati hiburan berkualiti, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
48,000 ayam mati dalam kebakaran ladang penternakan di Jitra
Sebanyak 48,000 ekor ayam mati selepas ladang penternakan di Kampung Paya Muyud dekat Jitra musnah dalam kebakaran malam tadi.
Kita semua pinjaman - Wan Azizah beri semangat pada Muhammad Khairuddin
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail titipkan kata semangat kepada Muhammad Khairuddin Saari yang kehilangan isteri sedang hamil dan empat orang anaknya dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, awal pagi Khamis lalu.
[TERKINI] Polis tahan suspek kes bunuh peniaga makanan di Terengganu
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh melibatkan peniaga makanan wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, Khamis lepas.
[TERKINI] Pemandu Honda yang dikejar polis, direman 7 hari
Pemandu kereta Honda berwarna kuning yang dikenali dengan panggilan 'Along Kubur' yang tular selepas dikejar polis di Kluang semalam, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Sabtu.
![Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739590442_UNIFILlubnanUNIFIL.jpg)
Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut
Seorang anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) cedera pada Jumaat dalam serangan ke atas konvoi berhampiran lapangan terbang Beirut.
![Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000! Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739587679_TBastromeriah.jpg)
Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000!
Kempen ini berlangsung sehingga 26 April 2025, memberi peluang kepada pelanggan baharu dan pelanggan Astro sedia ada.
![Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739591926_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar
Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan atau sebaliknya dalam pemilihan Mei depan, akan diputuskan pucuk pimpinan.
![Dua beradik hilang di Seri Kembangan Dua beradik hilang di Seri Kembangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739591743_hebahanoranghilang.jpg)
Dua beradik hilang di Seri Kembangan
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.
![Bimbang tragedi Malang berulang, Indonesia tangguh perlawanan semula antara dua pasukan Bimbang tragedi Malang berulang, Indonesia tangguh perlawanan semula antara dua pasukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677768208_RusuhanBolaSepak.jpg)
Bimbang tragedi Malang berulang, Indonesia tangguh perlawanan semula antara dua pasukan
Pertemuan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya masih berisiko tinggi memandangkan kedua-duanya mempunyai sejarah persaingan yang kuat.
![Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Jokowi arah hentikan perlawanan, siasat punca kejadian Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Jokowi arah hentikan perlawanan, siasat punca kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649393192_JokowiHariRaya.jpg)
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Jokowi arah hentikan perlawanan, siasat punca kejadian
Insiden disifatkan sebagai salah satu bencana terburuk dalam arena bola sepak dunia.