KUALA LUMPUR: Keluar rumah seawal 6.15 pagi dari Nilai, Negeri Sembilan untuk ke pejabat di ibu negara sejauh 60 kilometer menjadi rutin penjawat awam, Aida Ismail, 35, bagi memastikan beliau sampai tepat pada 9 pagi.
Tempoh sama dihabiskan ketika pulang bekerja yang secara tidak langsung, ibu kepada seorang anak itu terpaksa menghabiskan enam jam sehari untuk memandu dan sampai di rumah pada 9 malam.
Itu rutin Aida sejak bermula fasa peralihan ke endemik awal April lepas dan secara perkiraan kasar, beliau menghabiskan 120 jam sebulan bersamaan tempoh lima hari, hanya di dalam kereta dan situasi hampir sama sedang dilalui ribuan yang bekerja di ibu negara ketika ini.
"Ada masanya akibat terlalu tertekan, saya seolah-olah mendengar bisikan halus sehingga mahu melanggar kereta di hadapan," luahnya yang juga mengalami gangguan kesihatan seperti sering kebas dan lenguh di bahagian pinggang ke bawah akibat memandu dan duduk terlalu lama.
Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Malaya Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari yang dihubungi Bernama berkata, situasi sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas secara berterusan boleh menyumbang kepada gangguan kesihatan mental sehingga membawa kepada tekanan yang kronik seperti kemurungan dan kerisauan.
"Tekanan itu akan bertambah sekiranya individu berkenaan kerap lewat ke tempat kerja dan mendapat teguran atau amaran daripada majikan seterusnya menjejaskan emosi dan mengganggu produktiviti kerjanya," katanya yang turut mengaitkan situasi tersebut dengan risiko buli jalan raya dan kemalangan.
Dr Muhammad Muhsin berkata jika tidak diatasi, perkara itu juga boleh menyumbang kepada risiko penyakit serius seperti darah tinggi, jantung dan diabetes serta akan bertambah buruk jika mereka tidak mengamalkan cara hidup sihat dari segi fizikal seperti pemakanan dan riadah selain mental.
Oleh itu, katanya, pengurusan masa adalah penting untuk mengelak seseorang itu tergesa-gesa semasa berada di jalan raya kerana ia mampu meningkatkan risiko kemalangan bukan sahaja kepada individu malah pengguna jalan raya yang lain.
Pakar Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Rozmi Ismail pula mencadangkan kepentingan majikan untuk mula melaksanakan waktu bekerja yang anjal sebagai antara langkah mengatasi situasi tersebut serta mewujudkan persekitaran kerja lebih sihat.
Rozmi berkata dalam situasi getir kini, adalah penting untuk majikan bersikap lebih terbuka dan tidak terlalu terikat dengan pekerja mengenai pengoperasian sesebuah organisasi.
"Ini bermaksud tidak semua boleh masuk bekerja pada waktu sama supaya mereka tidak perlu berpusu-pusu keluar rumah pada waktu sama. Contohnya, kita boleh mengadakan sistem syif bekerja yang bermula pada 8 pagi hingga 5 petang dan syif kedua bermula 10 pagi hingga 8 malam.
"Kita juga boleh melaksanakan sistem penggiliran yang memerlukan pekerja hadir secara bergilir-gilir ke pejabat," katanya.
Rozmi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkenaan kebenaran pekerja memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955 berkuat kuasa 1 Sept ini.
Awang dilaporkan berkata pekerja hanya perlu membuat surat permohonan berkenaan kepada majikan sama ada memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan perubahan tempat kerja.
Rozmi yang juga Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya UKM berkata bekerja secara fleksibel dilihat mampu meningkatkan produktiviti pekerja seterusnya membantu mengurangkan risiko stres sekali gus memelihara kualiti hidup dan kesejahteraan mental.
"Lagipun, kita pernah melaluinya apabila negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang memerlukan hampir semua organisasi mengamalkan konsep bekerja dari rumah (BDR).
"Pekerja bukan sahaja dapat memberi perhatian penuh kepada tugasan yang diberi kerana tidak perlu berulang-alik ke tempat kerja dan ini dapat menjimatkan masa dan kerja boleh menjadi lebih produktif," katanya sambil menambah golongan penjawat awam juga seharusnya dipertimbangkan untuk bekerja secara fleksibel mengikut kesesuaian jabatan.
Rozmi juga berpandangan bekerja secara fleksibel juga penting bagi membolehkan pengurusan masa bekerja dapat diatur dengan lebih baik tanpa mengabaikan keperluan urusan harian lain seperti rumah tangga bagi mereka yang sudah berkahwin.
"Namun, kita juga harus ingat bukan semua jenis pekerjaan sesuai dilakukan di luar pejabat tetapi sekiranya terdapat isu berbangkit seperti mutu hasil kerja yang tidak memuaskan, majikan boleh membuat pemantauan berkala dengan membangunkan sistem berkesan," katanya.
-- BERNAMA / Norhidayyu Zainal
Bernama
Fri Jul 08 2022
Pengurusan masa adalah penting untuk mengelak seseorang itu tergesa-gesa semasa berada di jalan raya. - Bernama
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Maliah Surip kongsi pengalaman hidap gangguan mental
Senandika: Bercakap Seorang Diri diharapkan akan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sentiasa peka terhadap kesihatan mental.
Psikologi kanak-kanak: Perkukuh sistem sokongan sosial dan psikososial - Pakar
Latar belakang keluarga yang tidak mempunyai masalah bukan jaminan seorang kanak-kanak itu tidak terdedah dengan gangguan mental.
Tiap seorang daripada 20 kanak-kanak alami gangguan mental - Noor Azmi
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menganggarkan tiap seorang daripada 20 kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun di Malaysia mengalami gangguan mental.
'Saya nak jumpa tuhan' - Bapa campak anak dari jejambat sempat beritahu isteri
Dia dikatakan mengalami masalah mental sejak setahun yang lalu, selepas menghidap COVID-19.
Lelaki kurang waras berenang tengah tasik berjaya diselamatkan
Pihak polis memohon bantuan pihak bomba untuk menyelamatkan seorang lelaki dipercayai kurang waras yang telah berenang sejauh 100 meter ke tengah tasik tersebut.
Rutin terperangkap dalam kesesakan trafik tingkat risiko gangguan mental kronik - Pakar
Dalam situasi getir kini, adalah penting untuk majikan bersikap lebih terbuka dan tidak terlalu terikat dengan pekerja mengenai pengoperasian sesebuah organisasi.
Warga Malaysia di Hatyai ditahan kerana mengurung diri bersama anak
Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai, selatan Thailand, ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya.
Hampir setengah juta rakyat Malaysia alami simptom depresi - Kajian
Hampir setengah juta rakyat di negara didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.
Lelaki disyaki sakit mental bakar kereta ketika pulang
Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak membakar bahagian dalam kenderaan MPV Toyota Kijang dengan nombor pendaftaran Indonesia itu.
Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.