Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi memperkasa Mahkamah Syariah (RUU 355) tidak sama sekali akan dijadikan pintu belakang ke arah melaksanakan hudud sebagaimana dendangan parti pembangkang DAP, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"RUU 355 bukanlah hudud sebagaimana didakwa. Ramai sahabat-sabahat saya yang bukan Islam bimbang bahawa RUU 355 akan memberi kesan secara tidak langsung kepada mereka," katanya.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden itu menjelaskan bahawa RUU 355 itu tidak terpakai sama sekali kepada orang bukan Islam dan mereka tidak boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah.
Ini kerana, katanya, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan RUU 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam teks ucapannya yang diedarkan kepada media bagi menjelaskan RUU 355 selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini hari ini.
Ahmad Zahid meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak lagi terpengaruh dengan skrip pembangkang seperti DAP yang akan menolak apa sahaja perkara baik yang cuba dilakukan orang Melayu walaupun untuk kebaikan bersama.
Beliau berkata semua parti komponen perlu memainkan peranan lebih positif membantu masyarakat Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan dan kaum lain untuk menyedarkan mereka daripada berterusan ditipu petualang, DAP.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menyifatkan DAP sebagai parti yang berjaya menipu orang bukan Melayu, selain mengamalkan seni politik bermuka-muka yang mengelirukan banyak pihak.
Beliau yang merupakan Ketua Whip BN akan segera mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen bukan Islam untuk memberi penjelasan menerusi Jawatankuasa Pemilihan yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
"Bagi Anggota Parlimen pembangkang yang beragama Islam, yang tegar memulau usaha murni ini, biarlah mereka dengan dunia mereka," katanya.
Ahmad Zahid berkata penjelasan juga akan diberikan kepada masyarakat bukan Islam agar kekeliruan itu dapat diperbetulkan.
"Usahlah risau, usahlah takut. RUU 355 tidak sama sekali menyentuh kepentingan dan kedudukan anda semua," katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas.
Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355. -- Bernama
Bernama
Sat Dec 03 2016
Menurut TPM, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan RUU 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Somalia bantu AS pertahan negara daripada ISIS
Somalia menerusi pasukan keselamatan puntland dilaporkan menawan beberapa lokasi penting yang didakwa menjadi sarang operasi kumpulan pelampau ISIS di wilayah itu.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.